raya!

Feuhh - tahun ni ada kasut raya oi! Kehkehkeh semangat nih berbanding tahun lepas; yang langsung takde baju raya, takde semangat raya, sebab cheque dengan naif nya dibuat bayar kereta 3 bulan! Lagi pun, semangat sebab dapat bonus. Alhamdulillah. Tapi tu pun dah 1.5 juta kali kena paksa dengan Tun. Beli jugak lah akhirnya sepasang. Alasan;- dah setahun dah tak beli kasut mahupun sandal.


Tapi mesti rasa kesewa kalau kasut ni tak tahan lama. Mesti nak compare dengan kasut fav. yang pakai tiap-tiap hari selama setahun tanpa missed, yang masih kukuh jahitannya sampai sekarang. Kena tenangkan hati ni kalau kasut raya ni tiba-tiba putus. Harga suku je dari kasut fav. Jadi mari beranggapan lagi 3 bulan, rosak ah kasut raya ni. Baik letak target siap-siap.


Pastu boleh pulak ternekad nak beli eyeliner pen. Pakai macam mana pun haku taktau lah, yang penting beli! Hahahah kita simpan dluh, nak tunang nanti baru pakai kohkohko. Kena simpan elok-elok, nanti kalau Ma jumpa, mesti dia buat tulis ayat-ayat khat atas pinggan :P


Seronotnya raya kali ni!!! Tak tau dah nak cakap cemane.


Tak tau lah kenapa, maybe sebab nak balik drive sendiri dengan geng office lepas kerja kot? Atau maybe sebab dapat tangkap barang-barang murah? Atau maybe sebab duit sedikit stabil jadi tak la segan nak balik rumah, boleh belikan pelita buluh, belikan soya, belikan ais, belikan tisu hahahha semua benda-benda murah je saya take over. Jadik ah tuu. Sumbangan tenaga tu lebih penting.


Dengan itu:
Selamat Aidilfitri buat kawan-kawan & followers yang choet je, tak kira anda meraikan Aidilfitri di Malaysia mahupun luar Malaysia. Selamat hari raya & maaf zahir batin atas segala keterkasaran bahasa. Mari pasang pelita!! Makan tepung pelita pun bes jugerr. Baibai!



nota: banyak gila haha hohoh heheh kohkoh. lambang kegirangan sejati.

2 comments:

theblabber. said...

selamat berhari raya dgn kasut baru!! :)

ila ni said...

haha! ye semoga kasut tu tak putus di hari raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...