10 tahun kewujudan fakulti rekabentuk UPM

Perhh malam terbaik!
Memang tak sia-sia pergi. Walau hanya berpakaian selekeh dari ofis tatkala semua orang vogYue mengalahkan model semuanya, saya tetap riang. Kehkehkeh pulang dengan suara serak semata-mata menyokong calon Prom King & Queen. Ikutkan nak boo je calon ni, tapi tak sampai hati fikirkan sama batch. Lagi pun, dia bawak kamera.
patut letak gambar yg muka dia kena block dengan hadiah, baru nampak hensem.


Tapi benda paling penting pada malam tersebut ialah; SEMUA girls dah boleh duduk semeja. Tahniah diucapkan pada mereka berdua, semoga ni jadi titik tolak lah ye, no more sengketa, jauh-jauh hati semua tu, okeh? Rasa best gile sebab masing-masing dah kembali ke perangai masa 1st year. Dah dekat 2 tahun kot mengidamkan saat tersebut. Happy ending, wihhii~
mereka semeja.


Dan perkara paling aneh pula ialah kehadiran Haziq ahahaha! (padi, jangan bagitau kewujudan blog ini kepada haziq) Walau rata-rata happy dengan perubahan beliau, tapi masing-masing buat-buat taktau dan tak tegur pun beliau sebab takut sapaan tak dilayan seperti zaman-zaman 1st year dulu. Ceh konon cakap haku sorang je takut pada beliau dulu, ropa-ropanya, hish! btw, kenapa untuk Haziq pakai kata ganti nama 'beliau'?
beliau dibelakang sana belah kiri. senyum??!


Paling rasa disayangi pula bila turn Generasi ke-6 bergambar atas stage, En.Meor cakap "haa batch ni saya kena masuk skali ni" lalu menyelitkan dirinya di celah-celah Generasi ke-6. Pehh En.Meor memang sayang kitorang kan kan? hahahah nak jugak perasan, tak kira! Dan seperti biasa, instead of "CHEEEEEESE!" kami menukarnya mengikut ajaran En.Meor, kepada "S*********X!". kesian baby Phut, kecik-kecik dah dengar benda-benda macam tu. Terima kasih En.Meor sebab bersungguh menjayakan majlis ni.
generasi ke-6 bersama en.meor yang dalam usaha menyelit



Dah tamat di Bangi Golf Resort, kami kaum perempuan bersama senior aAn & senior Lia (ye ke tak tah eja ni), menyambung agenda di mapley kegemaran - sebelah Beryl's. Aaaaa-ah! Gelak tak hingat dunia. Memang bukan contoh bakal menantu yang solehah semuanya. Tapi takpe, dah amek port paling jauh dah dari orang ramai. Bau longkang pun bau longkang la. Dari 12.30am sampaila 2.30am, duk ber-reminiscence perihal budak-budak studio. Dan yang agak bangangnya, setelah selesai berjoyah, baru lah tau subjek utama perbualan ada di meja sebelah sana. Puh puh, biar la dia tak dengar. Aaa-ah kalau la kak aAn tak ternampak dia, mesti dah boleh pulang dengan hati yang rilek. isk..dia dengar ke ah? Takut jugak ni.
the only kenangan di kedai mamak.
muka huduh haruslah ditutup.


Tak cukup di mapley, gerak ke rumah Nini. Duk layan movie clip yang Ain buat yang tak sempat ditayangkan di majlis tu. Pakat leleh pulak beramai-ramai, haih_ Dah puas meleleh, pukul 4.30am, baru la tidur. Esoknya, lepas Subuh masing-masing bergerak ke ofis dengan hati yang sangat puas. Angah! rugi tak join balik malam tu.


So semua-semua ni, bolehla buat stok sengih untuk seminggu. Semoga 10 tahun akan datang, sempat jumpa lagi di reunion sebegini. Tapi dah takleh nak gelak berdekah-dekah sebab soami ada di sebelah wihhii~ berangan!


6 comments:

keriangandunia said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


sumpah sengih!!!!!!!!!!

ila ni said...

mari sengih!
gambar last nampak macam kao jambu.










jambu yang nyah.

keriangandunia said...

itu tgh sebut "perkataan" ok. btw, aku memang hencem pun. hihihihiihihihi
bodo la entri ni. nak marah2 pun xjadi. HAHAHHAHAHAHAHHA

weh betul ke en meor ckp begitu? terharu gile bergenang air mate.. tambah2 lak nak jugak tgk video tu wpun dah tgk. haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tapi aku sangat senuruk sebab ramai dtg. memula dah cuak gile xde org. gile hambar. ko bayangkan kalo jadi mcm batch 5, xramai.. sedih gile.. tah diorg amik gamba kat dpn ke x, xtau

aaaa a a aa a aaaaa bace lagi dan lagi. teeheee *sengih*

anOOan said...

yeay! ade gambar saye~ second wave spam gambar2 dari hemi noor is coming!

hoh. sumpah aku rase mereke dengar. (cey.saje je nk takutkan ila sbb die ckp die suke haziq. kikiki~)

blk rumah mak beristighfar. "astagfirullah. pukul 330 baru sampai kak?" =.='

wakarchie said...

say aaaaaaaaaaaaaaaaa
say eeeeeeeeeeeeeeeeeee
say uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

say wat???
seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeexxxxxxxxxxxxxxxx!!!!!!!!!!!!!

sedey sbb ak terbakar...kurang berseri gmbq2....lal~

ila ni said...

padi:
tolongla faham maksud ayat aku. muka kao nak kena tutup dengan sesuatu dulu baru akan nampak hensem. kalau terdedah? wallahualam :p

ye ah, memang dia ckp centu~ wihhiii haru gilek! mesti masa aku melangkah masuk menuju ke meja kao, time tu la kao rasa senuruk yg amat kan kan, aku tau aku orang penting majlis.. takde aku, hambar.


kak aAn:
AAAAAAAARHHH BILA MASA PULAK ILA SUKA DIA??! takut ok takut.

alhamdulillah selamat sampai.



wak:
terbakar tak terbakar, takde efek pun kao dalam gambar. sekadar satu titik kecil. hahhahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...