cuci gambar

Girang ni girang. Cukup dengan luahan-luahan serius, bajet dan makan dalam bagai tu, ni nak share kegirangan walau kak efa dah berjuta tahun dah bagitau pasal online printing ni. Yang menjadikan aku gembira bukan sebab apa tapi seperti biasa lah, cheapskate macam aku ni, takde sebab lain melainkan harga murah. yehh!


Disebabkan dah lama ibunda buat ayat berkias "zaman sekarang dah susah.. kalau dulu, teringat kat anak-anak, boleh belek album, tengok-tengok gambar. sekarang, nak kena bukak komputer, mana laa ma reti" sayu molek bunying.


Jadi, minggu lepas, aku dah compile gambar-gambar nak print. Ada 131 keping semuanya. Kira-kira duit dalam bank, haih harap-harap tak lebih 50 sen sekeping. Nak bayar roadtax lagi oi bulan ni. Jadi tadi bermula la survey harga. Tapi macam hanjj. SERINGGIT SEKEPING. 4R SERINGGIT SEKEPING. Rasa dulu time belajar 45 sen je. Mati kutu jap dalam kereta. Bukanlah bermaksud aku ada kutu tapi ye ah, 131 keping darab seringgit? Ah kurang bijak ngat kalau sifir satu pun tak tau.


Tiba-tiba teringat entri kak effa sebelum ni pasal online printing. Tapi tak ingat nama web tu, jadi aku google. Dan yehh_ 30 sen je sekeping untuk 4R. Berbaloi-baloi. Jadi total printing semua tu campur beberapa keping 3R untuk frame kecik atas kabinet kesayangan Ma tu; ialah RM 39.90. Postage dah free sebab melebihi RM 35. Ah sukanya hakuuuuuuuu!


nak print, pi sini. tenkius kak effa!

3 comments:

efa fairuz said...

baru kau tau kan? 39.90 nak compare dengan 131 hengget.. banyak beza kannn kannnn? kuikui..

anyway thanks.. ehhe :D

nanti dah dapat gambar, buat la review pastu submit link dekat eoe online tu.. nanti dapat free printing lagi..

ninazarina said...

ila, kualiti gambar yg diprint tu ok x?

ila ni said...

wuu.. sadly .. no. kureng. bagi ila la. tapi ila dah bg feedback, so maybe pasni dah ok kot outcome die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...