dilema berpakaian

bila perhatikan, makin ramai kawan-kawan yang sikit, sikit mendedahkan aurat. ok kalau tak suka saya menyentuh bab aurat ni, baiklah leave sekarang. tiada paksaan.


aku tak tau kenapa boleh jadi macam ni tapi rasanya sebab dari kecik kot, yang selalu dengar hanyalah "pakai tudung tu" tak pun "oih nampak rambut tu". kiranya aurat paling penting dicover ialah rambut. lengan, kaki - jarang ditegur. sebab tu aku pun tak rasa kewajipan memakai sarung kaki tu sangat penting. tah macam mana lagi nak tingkatkan kesedaran bahawa kulit kaki juga adalah aurat. takat rasa bersalah je. tapi takde tindakan pun. macam balik beraya jugak. konon kalau ada ipar-duai, tudung kat kepala harus lah on. tapi, pakai t-shirt lengan pendek. adoi..cemane nak kasi masuk kat otak yang semua tu pun aurat, sama macam rambut, takleh terdedah.


itu kisah aku. yang kisah orang sekeliling ni, walau aku pun tak mematuhi kriteria pemakaian muslimah, aku rasa aku pernah baca yang tak semestinya kita sempurna baru boleh menegur. sebab kita memang takkan jadi sempurna. jadi, di sini saya ingin menegur sikit lah. (masih ada masa kalau nak tinggalkan blog ni). aku tau korang dress up cantik-cantik, up-to-date semua tu sebab nak bagi orang lain sedar kewujudan kao kan. tipu lah pakai cantik-cantik semata-mata untuk keyakinan diri. well, define yakin diri tu then. ok tak kesah lah kan nak pakai cantik ke, ala kadar ke, tapi untuk renungan kita, termasuk aku yang bajet bagus ni, tiap-tiap kali kita pandang cermin for the last time sebelum keluar pagi-pagi tu, ask ourselves. baju ni ketat tak? kalau ketat, tudung aku ni dah tutup bahagian dada tak? seluar aku ni ketat tak? kalau ketat, baju aku ni dah cukup labuh tak? hari tu tengok video ceramah yang Ustaz Azhar Idrus, baru aku tau, kalau pakai seluar, bahagian belakang tu akan nampak, maka kita DIWAJIBKAN melabuhkan tudung sehingga menutupi aras tersebut. erhh.


soalnya sekarang yang membuat tertaipnya entri ni ialah, kenapa kita hanya mementingkan cantik lebih dari tuntutan agama dalam berpakaian? sebab nak attract lelaki ke? wahahah geli ayat! lelaki pun sama ah. jangan duk seronok sangat pandang aurat orang. yang tunjuk aurat tu lah yang dia berkenan. lelaki pun kena tau dan faham batas-batas aurat wanita. supaya, bila kahwin nanti, korang boleh guide bini masing-masing, selain dijadikan guide untuk memilih bini sebelum tu.


dan, sebenarnya, macam mana nak timbulkan ketakutan bila dress up tak ikut yang agama suruh? belasah je pakai ikut suka macam neraka tu tak wujud. macam mana ni, macam mana..

13 comments:

CT said...

pakailah pakaian yg di tuntut oleh agama...ayat kita mcm ustazah la pulakkkkkkk...hahahaa

anOOan said...

"X(anu kata ganti nama diri) mane paling santek ila.yg 1st td ke?yg ni atau yg tu"

Hep! Nak tayang kat sape nth.sila nasihati sy supaya sy lebih tkt dgn Allah dr tkt x ade gaya.oh plis~

ila ni said...

ct:
hehe apa salahnya ayat ustazah pun kan

an00an:
herkk!!!!! seriyes tak terpikir kejadian tu time taip benda ni aaaa~ ampunkan saya.

humm..tu lah, tak tau macam mana nak buat nak kasi ada kesedaran dlam diri ni ha

mdsaf_kyo said...

dengarlah caramah agama terutama ketika Nabi Muhammad SAW naik ke langit (israk Mikraj)...

cerita tersebut ada mengisahkan siksa wanita yg mendedahkan aurat...

semoga kalian semua mendapat rahmat dari Allah....

wallahua'lam...

ila ni said...

mdsaf_kyo:
;) terima kasih.

Shahiran said...

Allah Maha Penyayang. Diberi segala kegembiraan dan keseronokan sepanjang hari termasuklah dalam soal berfesyen. Tapi sebelum tidur malam jangan lupa, Allah juga Maha Adil, sikit pun yang salah takkan terlepas dari hukuman.

ila ni said...

..sentap. terima kasih atas reminder :)

fmtt said...

Menutup aurat itu wajib. Tak takut ke azab Allah SWT?

ila ni said...

takut. semestinya takut. cuma mesedaran itu tak pernah kekal lama dan dilema itu berterusan..

YUZI said...

secara jujurnya aku suka pompuan yang freehair.. tapi semenjak duduk kat negara arab ni aku rasa tersangat la cantik dan sweet bila tengok pompuan arab ni pakai jubah hitam tudung hitam. serius kalau korang tengok pasti geram! pompuan ni sama la macam makanan.. korang nak ke makan makanan yang terdedah sana sini. bila makanan terdedah maka lalat je la yang akan hinggap. =)

ila ni said...

huii takut pulak bila tengok perkataan geram yg ditanda seru haha.a'a kan. perumpamaan yg tepat. makanan.

soooooour said...

setuju...menutup aurat dgn baik dan betul sangat penting...

Nur Hazlin said...

suka dengar ustaz azhar ceramah, mmg best. kdg2 pun terlupa ttg aurat bila nmpak pakaian tu lawa tapi terdedah. nauzubillah min zalik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...