jadi hero

Mongok tak mongok, nak tunjuk betapa champion nya aku dalam bab tidur-nyenyak-di-mana-saja, tadi tertidur depan PC kat ofis ni. Memang tipulah sape cakap nescafe boleh hilangkan mengantuk, propa je semua tu. Huh. Buat sakit perut ada ah. Tadi tertidur dalam keadaan duduk ni pun, dah termimpi mcam-macam. Masalahnya semua mimpi tu nak jadi hero aje.


Mimpi first, aku mimpi aku melintas di kawasan yang dilanda Taufan Katrina.
Aku jadi hero dengan memeluk semua kanak-kanak yang ada. Diorang selamat sebab Katrina tak larat nak tiup aku. Obesiti aku akhirnya dijulang tinggi dalam mimpi ni. Terima kasih adik-adik.
obesiti sehingga menolak watak picisan di tepi


Mimpi second, lalu kawasan banjir.
Ramai pakcik makcik tua berusaha selamatkan hasil pertanian macam cili semua tu. Banyak yang bersepah dalam air sebab diorang kadang-kadang tewas dengan arus banjir. Aa yang ni aku tak ingat macam mana aku jadi hero. Tapi memang ending dia pakcik makcik tu tepuk tangan kat aku. Petugas hensem tu pun tepuk jugak.


Mimpi third, tak sempat.
Tersedar sebab bunyi tapak kaki bos turun tangga.


Nampaknya, aku tak perlu tidur nyenyak pun untuk bermimpi. Wau, sangat ilani! Harapan aku, trait ini akan diwarisi oleh anak-anak aku agar mereka semua cukup tidur dan banyak kenangan indah.





Anak-anak?

6 comments:

Nyayu Amibae said...

berkunjung ke blog negara tetangga yg cool abisss... ^_^

bermimpi memang indah sis, pa lagi klo bermimpi menjadi a hero....

kenapa tidak kita coba wujudkan mimpi kita, jangan hanya menjadi bunga tidur... Mulailah menjadi a hero tuk semua yg ada di sekitar kita.....

SEMANGAT!!! Ciayoooooooooo!!!! :)

INOTLOVEHUNTER said...

hahaha..
tidur kat ofis pun boleh bermimpi?
anda memang hebat!!!
malam tadi pun orang mimpi jadi hero jugak...

ila ni said...

nyanyu amibae:
hai selamat berkunjung! :)

inot:
ah tiru mimpi! hahah hebat? macam anda tak tau akan skill tido saya, inot. . .

hamiDahRecKs said...

takut la akak tgk pic ila tuh...ishhhh

efa fairuz said...

ayat last skali tu catchy..

"anak-anak?"

haha..

lawak gigil gigil laaa.. speshly tgk gambar yang di-liquify secara mahabesar tu... kesian tuan punya gambar.. eheh :p

ila ni said...

kak reck:
jangan takut, karang 6 bulan lagi kak reck jadi centu karang hahahah

kak efa:
kohkohko gambar tu memang dah lebih kurang saiz tuan punya gambar dh pun ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...