kali ni serius sikit

"Yang tak terlibat jangan duk mengapi-apikan keadaan."


Guna pakai je ayat tu untuk semua jenis konflik, mesti takkan ada huru-hara. Biar yang berkuasa je selesaikan mengikut prosedurnya.


1.
Macam kes Indo-Malaysia. Marahkan Malaysia sebab dera amah yang warga Indonesia. Dan sebab lain lagi lah. Adakah 2 orang majikan itu boleh dijadikan alasan untuk membenci seluruh rakyat Malaysia? Dan sekumpulan pemberontak pelampau Indonesia, adakah mereka boleh dijadikan alasan untuk mengutuk seluruh rakyat Indonesia sehingga mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat Indon yang mencari rezeki di Malaysia? Memang kao tak bijak kalau senang-senang buat kesimpulan macam tu. Bukan semua rakyat Malaysia bersifat kejam dan bukan semua rakyat Indon penjenayah walau memang la banyak kes jenayah di Malaysia disebabkan oleh warga Indon. Rakyat Malaysia pun apa kurangnya. Jenayah jalan raya, yang bawak kereta-kereta besar tak bagi signal tu, Indon ke tu? Jenayah la tu. *masih sakit hati kes semalam wahahah!* Yang rasuah nak dapatkan tender projek tu, Indon? Yang pijak budak kecik sampai mati tu, Indon? Ah banyak lagi lah. Pendek kata, walau semua warga Indon kembali ke Indonesia sekali pun, takkan wujud 'Amanlah Malaysia kalau diorang takde!'. Mengarut semua tu.


2.
Sama jugak kes Sosilawati.
Jangan disebabkan semua suspek bangsa India, maka kita pun start benci dan mewujudkan racism. Memang kita mengutuk tindakan kejam tu tapi jangan kaitkan dengan mana-mana bangsa atau agama sebab kita memang sedia maklum benda-benda macam ni terjadi sebab sifat dalam diri masing-masing. Individualiti itu yang membezakan kita semua. Tak adil kalau kita merumuskan yang semua India jahat. Kalau kejahatan itu trait yang ada dalam sesuatu kaum, yang kejahatannya berbeza ikut kaum, kenapa mahkamah tak dibahagikan mengikut kaum? Tak faham takpe.


Yang penting, hentikan sifat mengapi-apikan keadaan.


3.
Politik pun tak terkecuali. Bila terbaca blog-blog politik ni, dia punya penulis tu, Ya Rabbi.. memalukan diri sendiri. Kita fahamlah yang dia sangat menyokong satu parti ni tapi the way dia kutuk the other party, malu nak baca. Hatta kalau aku penyokong parti dia tu pun aku malu nak ngaku. (btw, mana nak daftar mengundi?) Kata-kata kesat tu memang wajib ada dalam setiap baris ayat. Bukankah itu melambangkan keburukan peribadi sendiri? Dan bila orang tak berakal jumpa blog kao, dia akan conclude yang semua orang parti tersebut memang buruk perangai. Pastu kao dapat tau. Kao marah lagi. Carut lagi dan lagi. Takde ending dan takde benefit kat sesiapa pun. Hak kao untuk meluahkan apa yang kao rasa ye? Kalau perkara tu dapat menimbulkan kemarahan ramai orang, kenapa diteruskan jugak? kehkehkeh soalan kepada pelukis karikatur Nabi Muhammad dalam episod 16 The Arrivals.


Baiklah. Itu saja. Sucikan hati dan jauhi perasaan amarah. Amek petikan Noreagaa skett..



"Muslims and Muslims are brothers and sisters in Islam.
Muslims and Non-Muslims are brothers and sisters in humanity"

5 comments:

INOTLOVEHUNTER said...

daftar sebagai pemilih kat pejabat office...
terima kasih...
saya takde komen sbb tak reti nak bagi komen...
takut komen tersebut menjadai api pula nanti..

ila ni said...

ish inot.. kenapa tak jawab je "kaunter pejabat" lagi spesifik kohkokhoh. ye baiklah, terima ksih kerana tidak mengomen entri ni ;)

INOTLOVEHUNTER said...

hak hak..
tak perasan ada error...
haish..
sebenarnya pejabat pos...
sori atas error tersebut...
malu sendiri saya...

efa fairuz said...

betul la mcla.. sometimes ppl over-judgemental kan.. xtau nak kate ape..

MATAHARI said...

u r right indeed. tapi aku salah seorng penulis yang melontarkan idea untuk keadaan yang lebih baik. memandangkan aku dr pulau seberang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...