pernah tak moody kat bos?

"take for granted - fail to appreciate through over-familiarity"


over-familiarity. memang definition yang sangat tepat.
persoalannya; macam mana nak avoid benda ni? kenapa jaga perasaan kawan / bos lebih daripada jaga hati & perasaan mak ayah? dengan keluarga, segala jenis muncung, moody, amarah, semua keluar. tapi dengan kawan, bos or even strangers, senyum manis gila, kata-kata terjaga elok. cuba pamerkan yang diri kita adalah baik? humm.. kalau boleh, tak mau dah syampu lain *kehkehkeh Anggun memang comel*. kalau boleh, tak mau la moody-moody bila bercakap dengan ma & ayah, adik-beradik, anak-anak buah. kalau dengan kawan yang banyak gila perangai menyakitkan hati tu saya boleh bersabar, kenapa dengan ahli keluarga yang tak pernah menyakitkan hati ni saya tak boleh? kenapa? kenapaaaa?? mesti ma banyok doh kecik ati. mitok maaf, ma.


bila baca entri intan, barulah tau, memang kebanyakan anak-anak memang macam ni. kot. kepada semua ibu bapa di luar sana, ampunkanlah kami. over-familiarity itu membuatkan kita terlebih selesa dalam tindak-tanduk & tutur kata kita. entri ni memang boleh bagi kesedaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...