akak & blog lelaki

dalam dunia blog ni, kalau selain blog kawan-kawan in real life, paling akak suka baca ialah blog-blog lelaki. pehh bunyi macam gersang. bukan apa, sebab kebanyakan bahasa yang diorang ni pakai memang kena dengan jiwa. pastu lawak yang real kelakar dan ayat-ayat dia tu kedengaran selamba. bukan macam sekarang yang tengah ditaip ni.


tapi, part yang paling akak suka - bila entri pasal isteri impian. ulasan sorang-sorang tu__ bahahah jangan ingat muka taiko taknak isteri solehah wehh! comel je bila sebelum tu entri penuh dengan gaya grunge, sekali terselit satu entri, rupanya nak cari isteri solehah. wehhell, semua manusia yang terselit sedikit iman di dada, rasanya memang mengimpikan pasangan yang soleh/solehah kan.semoga mereka yang tercari-cari isteri solehah tu, harap berjumpalah ye di hujung cerita.


lagi, blog lelaki ni biasanya jarang sangat lah menyentuh hal-hal awek diorang. kalau ada pun, memang awal-awal lagi akak dah close window kohkohkoh sori lah ye, bukan anti, jangan salah faham di sini yep. cuma, masih banyak cerita lain untuk dijadikan hiburan dikalangan strangers. macam kesah kena cari kertas recycle dalam stor lama yang jumpa hantu ke (ni blog apa dah, lupa), yang nyaris-nyaris jadi mangsa bunuh ke (ngeri weh bila imagine diri sendiri di tempat dia ni) ah senang cerita, blog lelaki ni memang banyak cerita pelik-pelik dan menarik. memang dah ditakdirkan hidup diorang jadi menarik ke hape? yang pasti, encik pilot sorang ni, memang ditakdirkan untuk mengalami kejadian-kejadian lucu bahahahahah tak yah klik kalau tak faham bahasa klate.


mesti pelik kan? aphal tiba-tiba duk puji blog lelaki ni? tah. akak pun tak tau. saje.

nota: terasa tua menggunakan 'akak'. suka!

15 comments:

MATAHARI said...

mungkin sbb blog lelaki tidak gedik?

en_me said...

xtau nape tetiba me tersesat kat sini fulakks.. uhuhu

Helang Hijau said...

erkkk.. akak ke??.. mmg sah stalker gile ko nih... seb baik aku xpnah tulis pasal ciri2 wanita idaman aku.. kalo x mesti ko dah terguling2 gelakkan aku.. kah3

ila ni said...

matahari:
tepat sekaley!

en_me:
takpe sesat banyak kali pun, anggap datang bercuti kat sini pun takpe.

zaki:
hehe ye ke tak pernah... haaa!

Helang Hijau said...

seingat aku xpernah.. hahaha

Anonymous said...

hahahahaha...tobak laaa luchu parok pilot tu. hk post 'peranchis' nge MRT..tobak lawok

-py lagi-

MATAHARI said...

blog aku camne? hahahaaha

ila ni said...

zaki: haha entah, aku tak ingat ada ke tak kat blog, tp thru YM... hahahhaha

peck Young: blog tu meme song ah nga yan, banyok vocab klasik ;))

matahari: tengah buat revision blog kao ni kohkohkoh

ザ-sylver-shooter said...

"..blog lelaki ni biasanya jarang sangat lah menyentuh hal-hal awek diorang..."


awek pun takde nk sentuh cmne, Yang ade ,itu lah room8 sorng, sentuh gaklah bahu dia skit, itupun sbab nk kejutkan dari tido, sbb pepagi ada exam....hahaha


ok, tak lawak, nway thanx for following, and nice to know you..

ila ni said...

tak lawak mende nye dah siap tersedak ni ha. hahaha benci lawak-lawak anda!

MATAHARI said...

kau belum jawap soalan lagi

ila ni said...

tunggu, nanti aku komen baik punye sampai kao rasa nak keluar dan jadi warga mexico

MATAHARI said...

aku warga negara jepun, the red sun

Anishaway said...

anish slalu g derat blog abe pilot nih, nok blaja kecek klate..
hehe

ila ni said...

woohoo anis pong keno blaja kecek klate ko? blaja nga kak fifi sudoh, dio banyok vocab klasik2 ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...