architecture a memoir : people see things differently


*tajuk nak BI*

suatu petang pukul 7, dalam studio 3, seorang pelajar masih terkial-kial mencari konsep dan bentuk untuk projek Event Shelter berlokasi di Dataran Merdeka. Semua orang dah jumpa lecturer masing-masing, dah crit idea masing-masing. Tinggal sorang dua yang masih menunggu turn di sebelah Puan Kalsom.


'Mati.. konsep apa aku nak ambek ni.. '
'Dataran Merdeka... merdeka.. perang.. kacau bilau..'
'Rilek ila rilek.. cuba potong dulu kertas-kertas ni, mana tau dapat idea'


Sambil mata menjenguk-jenguk Pn. Kalsom di meja crit, tangan aku laju memotong model card ikut suka hati aku. Tak sempat nak potong bentuk lain, nama aku kena panggil.


"Ilani, u belum crit lagi kan? Cepat, cepat, i nak balik pulak ni"


Kucar-kacir, kelam-kabut, aku letak kertas-kertas yang dipotong tanpa objektif tu atas sekeping lagi board yang konon dijadikan tapak model. Bijak 'model' aku kali ni, tak pakai UHU pun.

'takpe ila takpe, jujur je ngan Pn.Kalsom tu, cakap je kao takde idea lagi. Dia kan baik, mesti dia bagi idea punye.'


Tarik kerusi. Duduk.
Dengan segala kekuatan & keberanian yang ada, aku letak potongan kertas tadi depan Pn. Kalsom. Tak berkata apa. Dia amek 'model kertas potong' dan angkat ke paras mata, pusing kiri kanan dan letak balik atas meja.


"Ini la yang i nak!"


Herk... biar betul? aku tak cakap apa-apa lagi ni.


"To tell u the truth, dalam ramai-ramai yang tunjuk model kat i hari ni, u punye yang paling connected dengan u punye concept. Chaotic kan, konsep u? Dengan model ni je, i boleh nampak apa yang u cuba sampaikan. Tak perlu explain. U nak cerita pasal keadaan before merdeka, bla..bla.. very expressive.. bla..bla.. develop more, create spaces.. bla..bla.."
(sila bayangkan Ar. Kalsom yang spontaneous, banyak cakap, nada kalut, suara kuat_sedang mengkritik.)


 
potongan kertas tersebut


Dan crit pun berakhir dalam masa yang singkat.
Automatik, aku ada konsep la pulak, yuhhuu! Dan yang penting, dah boleh proceed ke space arrangement. Ni nak sanjung Pn. Kalsom lebih-lebih ni. Aku pulang ke meja dengan sengihan yang tak tertahan. Terima kasih gunting, terima kasih model card recycle. Sia-sia je aku berdebar tadi..



Kerana projek ni, first time aku merasa A design kehkehkeh.
 potongan kertas versi lebih sopan. lukisan akhir.


Dan projek ni jugak, first time aku diselia penuh oleh Senior aAn. Gila tegas dia time ni. aku takleh nak lelap mata pun selagi tak pukul 4 pagi. Bukak internet pun takleh sebab PC dia dibelakang aku. Jangan harap nak ngelat. Kohkohko thank you, kak aAn!

rindu jugak berselimut mengadap PC pukul 3,4 pagi..

3 comments:

an.OO.an said...

haha. rindu zaman study~terharu nama ku disebut2

Masa ni 1st time kot kenal ila.& i was thinking that she has talend & harus di polish supaya gilap.plus serius suke sgt project ila yg ni.rasenye kalo di suruh guide org lagi mmg da xdpt la kot.ayam da pencenn

psst psst. pn kalsom nk berenti keje.sedey

ila ni said...

sangat rindu.. walau pressure tinggi, tetap rasa bahagia.

betul2, unexpected time dapat SMS dr intan cakap k'aAn suruh punggah PC ke studio 4. haish jangan dibazirkan bakat anda, bimbinglah seramai mungkin.

tu la..sedeh..pn.K, walau kecoh, tetap best!

MATAHARI said...

being an archie sounds great. aku cuma penyelenggara wayar-wayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...