berkecamuk

dah pukul 2 tapi tak boleh tidur. siap on balik PC. sejam duk bergelap tak jugak mengantuk. esok keje ni. maybe sebab dah tidur petang tadi. maybe jugak sebab banyak fikir.

serabut otak la dua tiga minggu ni. keje pun nak tak nak. dengan bos pun aku tak layan. dia sengih, aku buat muka bodoh. agak kurang ajar di situ. tapi tak tahan weih... cukup-cukup la setahun lebih aku buat keje amal untuk dia. minggu lepas konon nak gi bersemuka dengan dia tentang isu pindah kelate tapi tak berkesempatan, busy. dia asyik kat bawah. tak nak ah bincang depan colleague lain. kang aku terkeluar ayat pedas, jatuh maruah bos. aku ni kadang-kadang unexpected bila dah makan dalam.

tu baru hal satu.

hal dua, berkait rapat dengan hal satu. kalau transfer tak jadi, aku rasa aku patut start cari keje lain. ke nak resign dan duk rumah je, pastu struggle dapatkan tempat kat mana-mana u untuk sambung part 2? time duk rumah tu lah aku terfikir nak kerja bidang lain kejap, kejar duit dulu pastu baru sambung part 2 dan kembali serius berarchitecture lepas grad tu.
yang buat aku terfikir, ada ke u nak terima bila tengok portfolio aku? aci tak pinjam potfolio orang lain.. dan ada ke penaja nak taja aku? dan, bilanya aku nak baiki potfolio kalau komputer lembab nak mampus?

itu hal dua.

hal tiga, kewangan. pun berkait rapat dengan hal satu. setahun lebih kerja, saving? zero. macam mana nak sambung belajar kalau takde saving ni ha. bukan isu aku boros tapi memang zahirnya gaji 'macam tu'. lepas makan minum, minyak kereta je. rasa nak tukar office tapi yang dirisaukan, takut dapat ofis yang scary. bos jenis maki dan high expectation. mati ah. aku ni nama je keje setahun tapi rasanya ilmu aku tak setanding orang keje setahun kot.

haih la serabut nya lah. .
harap-harap esok ada keberanian bersemuka dengan bos dan selesaikan faktor utama segala keserabutan minda ni.

2 comments:

t E d said...

punya keberanian untuk keluar dari zon selesa itu bagus.

ila ni said...

ted, komen kao memang betul-betul terkesan hebatnya. tadi dah bersemuka dan aku dah buat keputusan untuk keluar dari comfort zone ni. esok aku nak hantar surat resign. trimas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...