CCTV : kehidupan dalam kotak tahun 3

2,3 hari ni asyik sakit kepala.
Tidur tak nyenyak kot, konon duk siapkan portfolio hari tu. Maklumlah dah setahun lebih asyik tidur ikut waktu yang sama, bila ulang perangai zaman studio, terus sakit kepala. Rindu nya lah zaman studio. Berdengkur tak hengat, mesti junior takleh nak concentrate dalam kelas pagi tu duk dengar dengkuran aku, malu la jugak. Sakit ni. Nasib ada panadol dalam purse.. tapi ni bukan actifast punye... sakit-sakit pun, layaann.


Pelan utama. Bahagian aktif adalah berwarna kuning & biru. Kerusi kat bahagian lecture tu aci tipu je nak tersusun elok macam tu. 



Ini pelan kawasan ngeri bila tak siap apa-apa untuk discussion tapi terpaksa jugak ke bahagian panas ni untuk sign attendance sheet. Waktu tahun ulangan, belakang loker itu ialah tempat berlatih main keyboard Leen. Tau main Happy Birthday je pun. Orait la buat hilang mengantuk pukul 3,4 pagi.



Pelan kawasan paling lively. Digunakan juga untuk berdiam diri ketika dipanggil untuk crit, seperti kebiasaan seorang umat bernama Fadzil Ikhwan dan Ahmad Hafizd. Tapi biasanya tak berjaya pun sebab mata Puan K amatlah tajam.




 Pelan kawasan panas nombor 2. Kerusi tak pernah nak tersusun elok. Kalau duduk tengah dan nak ke toilet, sangat mencabar. Kerusi belakang biasanya di reserved untuk late-comer. Kami memahami. Sekali lagi; oleh umat bernama Fadzil Ikhwan dan Ahmad Hafizd. Seorang lagi ialah Halim, namun beliau kurang skill sikit, tak pandai nak masuk lewat secara diam-diam. Mesti nak tarik kerusi kasi bunyi. Biasanya kawasan ini digunakan untuk menonton wayang dan video-video yang boleh digelakkan beramai-ramai. Tapi Angah lebih bold, bukak video klip Mujhse Dosti Karoge time Mr. Loo pergi toilet. Sempatkah video tamat sebelum Mr. Loo kembali ke kelas? Fikir sendiri.



Kedudukan di tahun ulangan. Secluded. Namun agak berbahaya kerana Cik Sofi gemar menjengukkan kepala dari whiteboard depan, cek progres student lembab ni. Sekarang, boleh bayangkan bagaimana kuatnya bunyi dengkuran tatkala junior menikmati lecture di depan.

6 comments:

Anif® said...

Wow.. Sangat detail :)

INOTLOVEHUNTRESS said...

rindunya!!

tak taulah kenapa, tp rasanya muka mr. loo terbayang2 sentiasa kat mata lepas baca entri ni... macam baru semalam jumpa...

an.OO.an said...

studio saya adalah yg TERBAEK! xde sapa bole lawan! kehkehkeh.

*merindui studio~

ila ni said...

hehe detail sebab takde keje di ofis.

ah inot, kenapa muka mr.loo jugak yg diingati??

studio part 2 final year memang takleh challenge ah sebab kawasan kepungan masing2 luas ;p

ninazarina said...

hahah...port tido kat gambr last adalah port yg sama akk tido bwh meja ;)

terbaek la ila..detail giles!

lps ni leh amek tender propose plan partition utk portfolio k ;)

ila ni said...

hepp baek, pasni partition semua glass. nak privacy, boleh spray sendiri glass tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...