expectations

Aku sedar, expectation aku sangat tinggi.

Masa belajar, selagi pelan tak cantik, selagi tu taknak compose board. End up? Board tak siap.

Masa cuti, nak bangun sebelum 6.45. Nak menikmati sunrise dan embun pagi. Kalau terjaga pukul 7, terus kecewa dan sambung tidur sampai lewat pagi.

Dah plan, balik kerja pukul 6, nak kemas rumah, kemas bilik dan isi bekalan air/makanan. Tapi ter-balik lewat 15 minit, terus kecewa dan takde mood. Tidurla dalam keadaan baju tak berlipat, cadar tak bertukar.

Time planning nak belajar sana-sini, semangat. Tapi bila Photoshop lembab sikit je, terus sakit hati dan kecewa. Tutup dan layan movie.

Bila nak cari kerja, macam-macam kriteria di list kan. Environment kena cantik, bos kena cool bla bla. Bila dapat interview di ofis cantik, bos sempoi, buat hal pulak sebab staff situ keje serious sangat.

Apa yang kao expect sebenarnya ila, ha? Tak faham la aku apa yang kao nak..  Decide dulu apa yang kao nak dalam masa terdekat ni dan work for it sungguh-sungguh la, set tarikh, deadline, buat macam masa belajar dulu, takbleh? ha? geram betul la ada perangai macam ni...

btw, sesiapa yang malas nak browse kerja-kerja kosong di internet seperti budak Ju-on ni, sila ke PWTC bermula Jumaat hingga Ahad ni. bawak resume banyak-banyak terus.

2 comments:

MATAHARI said...

haha. work for it, sang buddy. look forward, n u might seeing something unseen.

ila ni said...

terima kasih, matahari. sedang melangkah satu persatu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...