membeli di pasaraya

Parking kereta. Ambil troli dan terus ke bahagian Lelaki. Ramai orang hari ni. Bahagian Wanita pun tak kurang hebat. Sampai tahap berebut-rebut dah gayanya. Takpe, doakan semoga dapat apa yang nak dibeli hari ni.


"Kak, yang ni ada stok lagi tak?" Sambil tunjuk gambar dalam katalog. Risau, tengah sale katakan.
"Ada. Adik nak yang jenis ni jugak ke?"
"A'ah. Tapi nak yang ada tanda halal eh. Yang lain-lain, nak sebijik macam ni"
"OK kejap akak pergi amek stok"


5 minit, akak tu muncul balik.


"Nah dik, ni tag dia. Bayar kat kaunter express, barang adik nak tu kita dah hantar kat kaunter."
"OK, terima kasih kak"


Hulur tag tadi pada cashier.
Cashier scan , tett.


"Ini aje ye yang adik beli?" Cashier membuat pengesahan.
Mata menyorot ke arah skrin.






"Ye, ini saja"
Pembelian selesai dan pulang beriringan dengan item yang dibeli.
Lega. Nasib sempat kaut dia ni.




nota-nota :
- entri ini dikhaskan untuk mereka yang banyak bertanya 'soalan lazim'. Kalaulah boleh dibeli di Tesco je kan..
- kalau korang pernah tengok TV show We Got Married season 1, maka fahamlah mengapa 'item' itu yang dibeli di pasaraya, bukan artis lain kehkehkeh.

9 comments:

efa fairuz said...

hehehe..kalu buleh g beli di tesco dih.. mudoh jah..pilih2, scan, bayar.. haha

Tun Teja said...

cisss..kemain aku dok pk apela yg ade tanda halal...

en_me said...

RM19.90 jer.. ehehe

yaNi said...

Ila. Best sangat WGM. I wonder if they (shillang and buin) are really together. Haha..

Sekarang pun masih follow WGM2, Goguma couple. :)

INOTLOVEHUNTRESS said...

nice entry..
rasa macam nak print lepas tu bagi sesiapa yang bertanya baca entri ni...

ila ni said...

yani tengok WGM??? biar benar kehkehkeh tapi meme best la WGM. no doubt.

sila la inot, skema jawapan untuk soalan standard di musim balik kg.

ila ni said...

19.90 je la en_me.. tengah sale kann ;p

ninazarina said...

ye saye faham ;)..

erm, boleh share future husband tak? :P

ila ni said...

hahah hepp tabley!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...