memilih sudut untuk bersolat

tadi solat raya di Masjid Negara seperti yang di plan. agak dem sebab aku tertidur dihujung-hujung takbir gara-gara tak tidur malam tadi. perasaan raya di Masjid Negara? Priceless.  

Tapi ada satu kes di mana seorang pakcik yang berniat baik telah melakukan solat sunat masjid berhampiran pintu masuk. dalam pemerhatian aku, dalam lebih kurang 70 lelaki yang lalu lalang, hanya 2 yang boleh dirunding untuk dijadikan calon suami. tu pun Pakistan/ Bangla gitu. Lain? semua aku reject. dengan pakcik-pakcik solat sunat tu sekali aku reject. huh hebatnya aku nak reject macam orang tu memang sah hantar borang kat aku. kenapa hanya 2 yang layak? sebab hanya 2 orang tu yang pilih untuk lalu dibelakang pakcik solat sunat tu, bukan lalu depan-depan.

soal lalu depan orang solat ni rasanya baiklah pakat search sendiri larangan-larangan yang telah digariskan oleh agama ni. dua-dua pihak pun bersalah kalau tak letak sebarang halangan depan tu tau. hesh. salam aidil adha.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...