mengemaskini sijil-sijil

sengih tak habis lagi ni. kat sebelah ni bersepah slip-slip result exam dari zaman sekolah, sijil-sijil mengarut dari zaman sekolah. lucu bila tengok slip-slip exam yang siap ada analisis ni sekali. baru aku tau rupanya untuk trial SPM, aku dapat 2 A1 dan 2 A2 je. selebihnya jangan tanya! hahaha patut la tak ingat, rupa-rupanya result bersepah sangat. Bio siap dapat C6. haha ehhh tu kira orait ah tu, dapat nombor 20 out of 142 candidates. woh aku pernah jadi top 20?? sangat lucu, takleh stop gelak lagi.


analisis dan komen paling comel ialah dari cikgu favourite, cikgu Midah fizik;


"Beliau seorang yang kuat berusaha dan menghormati guru"


ni mesti kes dah takde idea sangat dah ni haha kalau lah korang kenal cikgu ni, boleh bayangkan kata-kata ini hanyalah ayat lawak lazim dalam kelas. ayat terpaksa. tapi logik la ayat dia tu, sebab aku tengok exam sebelum trial tu, aku dapat E8! hahahha 40% je Fizik aku time tu haha buat malu kaum je woi! mesti time ni Awa, Yus, semua tu malu nak ngaku member. Adehh.. dan trial? Hinss. A2 beb.. ke aku meniru time ni?


haih. ni je lah keje kao ila. tak habis-habis dengan dunia zaman sharifah aini kao. Ye adik-adik, nikmati lah zaman sekolah sepenuhnya kerana ianya salah satu nikmat dunia yang tiada tandingnya.

3 comments:

Fifie said...

stuju! zaman sekolah adalah zaman paling best!

Hawa CMS said...

nak malu ngaku member ape nye
bukan ke time tu result lebih kurang same je ke?
hahah~
makin meniru makin parah result!
kahkah!

oh the good old days!

efa fairuz said...

cikgu midahhh!! hehehe..

ok la tu result trial dapat A2..kak efa tak penah cecah B pun fizik.. dok kat C6 pah ceroh..sapa la tubik result.. kehkeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...