petang syukur

hari ni hari bersyukur. 


walau tak pernah bertegur sapa, walau tak pernah nampak muka secara dekat, akak nak berterima kasih pada orang sekeliling kerana mewujudkan perasaan aman dan damai. melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di court tenis, ibu ayah & anak-anak di swimming pool, pakcik makcik berjalan keluar dari surau; tu semua boleh menyedarkan akak betapa bertuahnya kita boleh hidup di tempat yang aman tanpa perang, bekalan udara yang segar, dan yang penting, masing-masing boleh berjalan ke sana-sini dengan bebas tanpa rasa takut. akak memang suka orang yang keluar berjalan dari terperap dalam bilik (macam aku neh) sebab itu semua melambangkan kita semua tak keseorangan dalam dunia ni. terima kasih semua!





3 comments:

Tun Teja said...

syukur ada orang yang hensem boelh usha kan sebnarnye...hahahha

ila ni said...

hehe no comment ;p

MATAHARI said...

you'll never walk alone.
akan ada walau seorang pun yang tetap akan menemani.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...