"blog aku macam mana?"

Bagi menjawab soalan seorang 'rakan' blogger, aku buat entri ni khas untuk dikau. Dah lama kot beliau tanya tapi asyik tak sempat nak browse lama-lama blog kao jadi aku buat entri ni berdasarkan apa yang aku tau.

Matahari ialah blogger yang aku mula sedari kewujudannya dari blog kak aAn. Rajin betul dia berbalas komen dengan kak aAn. Sesuai sangat lah tu. Lama-lama, ehh dia datang blog aku hahaha. Ya, selamat datang. Memang kagum dengan dia ni sorang. Ada satu hari tu, berpuluh komen aku dapat. Semua dari dia. Rupa-rupanya dia tengah mengkhatam blog aku. Habis entri-entri lama dibaca. Siap berbalas pulak komen di entri-entri lama. Kao bookmark ape entri yang kao drop komen?? Wa salute sama lu. Nanti ada masa aku balas jasa kao.

Blog dia mula-mula aku baca dulu, biasa je, macam blog aku. Blog tipikal yang tak menarik langsung. Tapi lama-lama aku rasa ada something yang buat makin ramai orang baca blog dia. Mungkin cerita-cerita pengalaman dia yang lampau. Orang kata, mereka yang banyak pengalaman susah akan ada lebih banyak benda untuk dikongsi. Aku tak tau apa yang ditulis itu 100% cerita si Matahari ni atau penulis bersama. Kao ada penulis bersama lagi ke sekarang?

Aku start rasa suka baca blog beliau bila dia cerita yang dia hanya tau solat fardhu. Solat jamak dia tak tau. Aku tak tau wujud jugak orang macam ni hee. Bagi aku, orang yang berusaha mendalami ilmu agama adalah seseorang yang best. Lepas-lepas tu pun, entri dia banyak menyentuh hal agama tapi dengan cara yang tak serius. Tegur dalam gurauan. Aku suka. Dan entri pasal birthday mak dia pun aku suka, sangat menyanjungi ibu. Memang seorang Ultraman yang baik lah kesimpulan yang aku boleh buat. Kenapa tah obses sangat kat ultraman mamat ni sorang. Er.. kao 'mamat' kan?

Okay ah. Takleh ulas banyak-banyak, bahaya. Jadi, Mr. Matahari, selamat berkenalan. Aku anggap kita dah officially kawan lah ni kan kan. Ada masalah, sila lah berkongsi dengan aku. Aku pendengar yang baik heh. Sekian, harap terjawab sudah soalan tempoh hari.


nota: selamat tahun baru. jangan september depan penuh dengan berita buang bayi lagi sudah..

12 comments:

MATAHARI said...

haha. selamat berkenalan! :P

iday said...

wahhhh,,mcm best,,nak usha blog dia jgak lar,,hehe:)

ila ni said...

haha selamat!

ye iday, silakan, di atas itu orangnya

MATAHARI said...

aku minat ultraman. sebab ultraman salu datang time bandar kena buli raksasa. 3 min je. pas tu belah. cool gile!haha.

anOOan said...

"blog saya macam mana pulok?"


yes! ila akan buat entry pasal aku plak lepas ni. yeay!









eee. matahari. gedik shial ko menggedik kat membe aku.

ila ni said...

kao mmg observer yg hebat la matahari.. siap kira 3 minit. aku bet mesti kao hari2 pun tengok utube ultraman.

hepp kak aAn takbleh, dah besepah sangat dah pasal kak aAn dalam ni bahahhaha

MATAHARI said...

huahuahua. 3 minit lip lap lip lap.tak tengok youtube. tiap sejam 3 minit aku jadi ultraman.

aan jeles tu. haha.

terataiflowerz said...

yup! best bce blog die....bile ngh sedih bce la blog mr matahari tu..cnfrm leh terenyum punye...:)

ila ni said...

wahhh aku berjaya mencungkil peminat matahari hahah bajet la tu pasni si mentari nih ;p

MATAHARI said...

haha.. habis kembang hidung ni. eh ultraman mana ada lubang hidung :P

theblabber. said...

happy new year, too!!

ila ni said...

dengan ini rasminya theblabber insan pertama wish new year untuk 2011 ;) mekaseyy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...