CCTV 2 : kehidupan dalam kotak tahun 2

Serius takde keje. Lepas siap entri hari tu, terus sambung buat satu lagi layout lain. Kali ni layout studio 2. Bosan dok? Asyik-asyik nak cerita pasal studio. Sebab, ingatan lain dah makin pudar. Jadi baiklah kukuhkan yang ingat ni selagi ada. Nanti bila-bila rajin, tu ha, layout satu sekolah menengah tu haku lukis. Siap letak Makcik Elizabeth duk masak kat bucu DM.


*  *  *

Ini Master Plan. 3 daerah berwarna merupakan tempat panas untuk Studio 2. Time ni, fakulti tak sediakan lagi working station, jadi berbekalkan sebiji meja lukis, anda dibenarkan mencipta kawasan sendiri. Hasil akhir ialah, sebelah kiri The Courtyard ialah clan perempuan, sebelah kanan The Courtyard - clan lelaki. Bunyi macam Mid Valley, The Gardens. The Courtyard. Peh. Kawasan sebelah pingpong, chinese.
zaman pakat lukis pakai pensil. meja abis busy la konon bersepah macam tu.


*  *  *

Dan sebelah lecture area, terletaknya seorang aku. Kenapa terpinggir dari clan perempuan? Pengorbanan demi mencari sesuap plug namanya. Lecture area ni, macam biasa lah. Kerusi tak pernah nak tersusun elok. Banyak jenis pulak tu. Siapa cepat, dapat kerusi selesa, kalau tak, duduklah 2 jam atas stool dan menonjol pada pandangan mata lecturer. Heh kalau kelas Alan Lau takpe la jugak ;))
keadaan dalam kelas

 di tempat terpinggir; zaman bermain kerusi roda


*  *  *

Tempat main ping-pong. Siap buat tournament tak tahan. Bat ping-pong paling high class dari material perspex. Lebihan model sape tah. Bat cikai, ialah kayu serpihan T-square. Ngoi. Tapi syukur jugak diorang main ping-pong, boleh layan time-time mengantuk pukul 3,4 pagi. Laluan perut tu ... humppphh taknak cerita, kecik ati.


*  *  *

The Courtyard. Ini memang tempat legend. Akan diingati sampai nikmat ingatan ditarik olehNya. Sebelum start assignment En. Shafizal, meja tracing tak pakai lagi. Jadi kawasan ni memang 100% girls je. Erm.. Zed termasuk sipi-sipi sebab meja area tu. Time tu, tidur atas polistrin besar tu umpama tidur atas tilam. Pakat berebut, amek turn nak tidur. Susun gaya tidur elok-elok sebab nak bagi muat ramai. Kadang-kadang tersedar sebab dihempap site plan model. Yang mana tah tidur ganas. Tapi, kadang-kadang atas lantai tengah-tengah tu pun boleh layan. Hampar kotak macam pengemis, selimut satu, cukup.
Start assignment En.Shafizal, pakat berebut meja tracing pulak. Riuh time ni. Biasa sakit hati kat Halim. Main selit je. Orang lain pulak nak kena elak dia. Tapi nak marah pun buat apa, tu memang sifat semulajadi dia. Walau kat bazar Ramadhan pun, orang awam kena elak dia time berjalan. Tinggi sangat kot, eye-level tak sama dengan ketinggian orang lain. Time trace drawing, macam-macam cerita keluar. Datang mood alim, siap ber-Asma ul Husna lah, zikir munajat lah. Bajet zaman asrama. Tapi Hasan cakap, zikir kitorang salah banyak hahaha apsal tak tegur?! Malu je duk semangat zikir dengan Nor & ien. 


Sangat banyak benda-benda yang menarik berlaku sepanjang 4 tahun belajar seni bina. Kalau lah dulu amek dentistry, mesti takkan dapat pengalaman macam ni. Terlalu banyak. Tu belum masuk bab pergi trip sana-sini. Macam mana aku tak nangis atas stage?! Jatuh ego.Huh. 

7 comments:

MATAHARI said...

fffuuu. jeles dow ada meja sendiri segala bagai. aku ni yang ada hanyalah cuma tool box.

ninazarina said...

hahaha archie family memang close kannnnnn!! ada tengok poster ping pong tu kat ain..hehe sengal! :P

ila ni said...

tool box free ke? kalau free, memang patut aku yg jeles kat kao, san. *pepandai ubah nama kao*

sangat kak nina. memang tak menyesal la join archi upm.

MATAHARI said...

eh. kau ubah nama aku eh.

free.free.mana kau tau? jaket aku free. yuran persatuan free. apa lagi ek. robot pun free kalau kau prasan aku ada buat robot kat entri.

ila ni said...

nk jaket satu, san.

pengembara kecil said...

entry ni sgt best...walau sy xknal awk, tapi non-stop gelak bila baca post ni...sukanya jadi student archi... my former ambition..tapi ALLAH bagi peluang ke arah lain... nice to read you blog...n nice to get to know you.. :)

ila ni said...

oh my terharunya dapat komen macam ni ;)) terima kasih sudi baca. nice to know u too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...