commemorating the last day

Di ofis kecil ini aku belajar tentang sabar. Sabar, walau kao diperkotak-katikkan. Heh padahal dulu lagi dah pandai bersabar ehemm! Gatal tekak. Taklah, kali ni jangan cakap huduh pasal ofis boleh? Set.

Walau di sebalik **** (semua ciri negatif), bersyukur jugak diberi peluang kerja di sini. Dengan ofis ini lah aku menerima gaji pertama. Kerana ofis inilah, akhirnya aku terpaksa membeli kereta. Kerana ofis ini lah, minda aku tenang buat beberapa ketika. Kata takde keje sangat..


Syukur, di sebalik **** (semua ciri negatif), bos tak pernah meninggikan suara, tak pernah menunjukkan perasaan marah atau tak puas hati. Syukur kelewatan aku tak dipersoalkan kehkehkeh. Harap halal semua gaji. Syukur bos masih sudi renew contract tempoh hari. Kalau tak, siapa la nak bagi aku duit tiap-tiap bulan hanya untuk menghadirkan diri ke ofis. Kerana ofis inilah aku boleh merasai kehidupan di nurseri. Dulu masa kecik mana pernah pergi nurseri, ada Kak Lih yang jaga kat rumah. Bosan rupanya kehidupan di nurseri. Bersiap, masuk ofis dan duduk diam-diam, tenung PC tanpa buat sebarang kerja. Ulang buat benda bosan tu tiap-tiap hari. Tapi takpe, dapat duit tiap-tiap bulan.


Bila bosan sangat, bukak Paint dan lukis. Boleh jugak dijadikan isi untuk segmen Siri Boring sang buddy.


Tak pun, taip perkara-perkara yang terlintas. Pun untuk sang buddy. Orang takde tenet katakan. Nak pandang luar tingkap perhati orang lalu-lalang pun tak boleh sebab memang takde tingkap. Jadi atas usaha sendiri, aku buat tingkap. Kurang-kurang, boleh nikmati kesegaran pokok.


Tak cukup dengan tu, bawak pulak sebahagian pokok keladi datang ofis. Ahh segar la kejap kawasan PC ni. Tapi tiap-tiap minggu kena basuh jelly-beads tu sebab berkulat. Nampak sangat udara dalam ni tak segar. Patut la hidung aku asyik berair.. eh ni dah masuk point negatif. Ok tu je, cakap banyak nanti ter-kutuk lagi. Selamat tinggal warga Fairuz. Nanti kawen, saya hantar kad. 

 
tun konon buat surprise

6 comments:

MATAHARI said...

kucing setan yang comel

Tun Teja said...

hihihi...akhirnya ila pon menamatkan riwayat kesan degilnya di situ...eh,mana cincinnya...hahahha

t E d said...

tuka kijo?sambung part 2?

amin said...

selamat menempuh alam pekerjaan...penuh dengan putar alam...

Fifie said...

berjaya tukar kijo dah?

ila ni said...

belum 'tukar' sekadar berhenti dan skrg job-hunting keje cikai2 dulu, nak mengalami perasaan keje part-time macam orang lepas SPM.

terima kasih, amin. doakan yg terbaik yepp.

cincin longgar, terjatuh tanpa disedari hahah

bangga kucing tu dipuji, walau mix dengan setan ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...