juliana

blog is part of the diary jugak. so, ini untuk diari ilani & kawan-kawan.

Ju,
Rasa cepat sangat semuanya berlalu. Macam baru semalam kita tamat paper Bio SPM. 10 years back, kita ada plan (form 2 banyok sungguh berangan!) Before sesiapa kahwin, kita kena holiday bersama di sebuah pulau iaitu haruslah Redang sebab Hawa Fatihah kan ada kohkohko. Tapi plan tinggal plan. Masing-masing gets busier and busier sampaikan Ju balik dari Rusia Julai hari tu, 24 Dec baru lah boleh jumpa. Which was a day before your wedding. Gilak ah! Sampai sekarang tak berapa nak percaya Juliana yang bersuara cegheik dan keanak-anakan itu sudah berkahwin?!

Walau jumpa just a day before the wedding, terima kasih kepada Aunty Latifah yang sangat sporting dan memahami, bagi kitorang stay dengan bride-to-be sepanjang proses sebelum Juliana bergelar isteri. Ju lah pengantin paling rilek. 25hb nak kawen, 24 belum start gubah hantaran. Takde langsung tanda stress di muka. Rilek siap boleh golek-golek. Cool.

Dan esoknya, macam dalam sekelip mata je, Ju dah pun jadi Puan Ju. Alamak Ju.. pasni Maro bagi ke nak lepak, overnite kat rumah sesape? Kehkehkeh kalau dia tak bagi, jangan duk berangan nok merajuk gayo kiut lah, tok kiut pong kohkohkohko. Lagi sekali, many thanks to Aunty Latifah & Uncle Maktar sebab include kan kitorang dalam perarakan masuk dewan. Bak kata Awa, "we've walked u through the aisle" Biarlah aisle tu muat tak muat pun memandangkan kami ini ehmm.. besar 'sikit' dari saiz kanak-kanak flower girl. Sikit je. Dem, nasib budak-budak tu sempat sampai on time, kalau tak, yang gabak ni lah yang kena tabur bunga di sepanjang laluan pengantin. Ni lah first time masuk dalam perarakan, dan first time merenjis, dan first time main tangkap-tangkap bunga. Sapo hok tolok ila heh?! Btw, ila pass kan charm bunga itu untuk Hawa Fatihah la kot. Ke Yuslailli or Zaty or Leen yang nak dulu? kehkehkeh.


mereka dah tak berhingus.


Juliana,
Sorry sebab kitorang spoil kan mood dewan. Hahaha speechless bila kena berucap kat depan. Kesahnya, bukan tak tau akan dipanggil, cuma problemnya, bila kumpul ramai-ramai dan nak brainstorm nak cakap apa, air mata akan start bergenang. Jadi, objektif selalu tak tercapai. Sebab tu gamble je keluar tanpa prepare apa-apa speech. Sedih woh mengenangkan one of us dah kahwen. Balik ke meja tu memang leleh gila-gila la Ju. Kalau lah Ju nampak.. hesh. Malu je kat guest hensem tepi meja hahahha menyempat!


sedang  sebak.

JFM dan Maro (or patut start panggil Arif?)
Harap-harap hadiah tu kira boleh diterima seadanya la ye. Mati segala kutu duk fikir nak bagi apa sebab Ju cakap akan stay kat rumah serba hebat tu untuk hari mendatang. Fikir punya fikir, survey punya survey, siap sesat sampai ke Puchong bagai, siap tipu Ju konon dah nak balik padahal baru nak keluar teruskan pencarian hadiah, akhirnya, yeah... hanya itu yang mampu kami bagi. Lain kali kawen tua-tua sikit, baru boleh bagi hadiah super best bahahahha!

Arif,
Kita semua tak sempat kenal dengan lebih rapat, tapi hopefully Arif boleh menerima kami semua seadanya jugak. Paksa jugak terima. heh. Semoga kalian berdua sentiasa dalam limpahan rahmat-Nya dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Er.. Ju tu, kalau dia ralit tengok something, mulut dia melopong. Nanti suruh dia tutup mulut cepat-cepat kohkohkohkho.

Okeh, selamat menempuhi alam rumah tangga.


4 comments:

Hawa CMS said...

Seboooookkk!!! Sebooookkk!!!
Leleeeehhh air mata dan hidung!

Fifie said...

wah! Ju nikoh doh, tahniah2

efa fairuz said...

"Er.. Ju tu, kalau dia ralit tengok something, mulut dia melopong. Nanti suruh dia tutup mulut cepat-cepat kohkohkohkho." kiut eh ayat ni.. hehehe..

kawen dah sore.. hok lain tunggu turn eh..

ila ni said...

sebokk pah ke ceroh awa wehh..

ye afienna, majlis almost tertutup 25th dec lalu.

he he hehrr.. itu yg kita tunggu tu kak efa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...