kehidupan simple

kehidupan simple makin berakhir.
ramai jugak orang duk tanya, kenapa quit kerja hari tu? tak tau nak jawab apa. tapi aku rasa macam urge untuk mengalami kehidupan simple itu sangat tinggi time tu.

aku nak kerja yang stress tak berlarutan. 
tamat kerja untuk hari tu, maka stress dah berakhir.
aku nak kerja yang tak banyak pakai minda. 
nak kerja yang ikut syif.
nak kerja yang boleh jumpa orang berbeza tiap hari.
nak kerja yang rasa penatnya untuk mendapatkan wang.

macam bengong ada jugak tapi takpelah, pengalaman sekali seumur hidup. kiranya impian untuk switch kehidupan, buat sesuatu yang drastik telah berjaya. lepas ni dah boleh kerja ofis dengan fokus dah. dah tak perlu jeles tengok makcik kerja sapu sampah je, tak perlu jeles tengok kakak-kakak cashier masukkan barang dalam plastik je. 

haih.. mesti akan merindui kehidupan macam ni. makan megi, makan roti, nasi jarang-jarang, fikiran tenang. malam stay up buat kerja-kerja freelance. ini lah nikmat kehidupan bekerja yang sebenar kohkohkoh. 

kiranya, aku dah belajar, hidup, kalau terlalu plain and boring, try lah sesuatu yang spontaneous, drastik untuk seketika. sekadar booster dalam kehidupan dan semestinya akan jadi pengalaman yang memang takkan dilupakan selagi nikmat daya ingatan tak ditarik oleh-Nya.

Just my two cent.

10 comments:

MATAHARI said...

nanti dapatkab kerja bagus2,

ila ni said...

inshaAllah. doakan rezeki itu sentiasa mencurah-curah untuk aku.

anOOan said...

nak freelance ek. familiar dengan detail dwg ID x? kalau ok saya mahu jadi boss kamu.

ila ni said...

wahh besnye!! tapi... saya kurang ariff dengan keserabutan drawing ID tersebut ;(

anOOan said...

masih dalam design stage lagi. tp saya kompem x menang tangan utk stage production.

hurm..gimana ini ya. mahu kan kelas tambahan kah? familiar dengan material?

ila ni said...

boleh jugak nk tolong. tapi kena attachkan sekali contoh la kot. material tu, kureng ;p.

MATAHARI said...

yeah. dia dapat kerja

ila ni said...

HAHAHA berkat jari kao menaip mungkin..?

en_me said...

salamm tahun baru oke.. ihiks

ila ni said...

salam tahun baru jgk utk en_me! ihiks. jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...