kerja orang takde kerja

*ditaip setahun yang lalu* 

Kadang-kadang, hidup sendirian agak membosankan. Jadi, minda harus sentiasa memikirkan apa yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang. Kena cipta suasana macam dalam movie sikit-sikit. Olah sendiri, baru best. Jadi, begini:


Satu hari, saya menemui hiburan. Hiburan tersebut ialah seorang pemuda yang bermain tenis di bawah sana. Sangat menghiburkan sebab time nak tunggu service bola, time nak kutip bola, time nak pukul bola - pun beliau sempat tengok-tengok kasut baru beliau. Sangat mengagumi kasut sendiri hi hi hi. Macam mana tau tu kasut baru dia? Alaa kalau dari tingkat 8 pun boleh nampak bersinar-sinar putihnya, hermmm takkan tak leh agak kot.


Jadi, pulang bekerja sekarang sangat exciting sebab tak sabar nak gelakkan beliau. Agak jahat disitu. Takpe, gelak sorang-sorang je, bukannya secara berkumpulan atau duo.


Seminggu kemudian, pulang bekerja, hari hujan. Ahh mesti takde orang main tenis hari ni. Agak kecewa memandangkan tiada hiburan di petang tersebut. Berlari masuk ke bangunan dan menuju ke lift lobby dan ehh si pemain tenis pun baru masuk lobby! *muka bersinar* (disebabkan minyak. petang-petang ni orang dah tak apply compact powder dah). Macam mana boleh tau itu ialah dia sedangkan muka pun tak pernah nampak. Tingkat 8, mana nampak muka. Kenal kasut je ok. Dan ye, kasut dia memang putih gile.



Tapi bila dah nampak secara live ni, di sini saya ingin menarik balik segala kutukan dan gelakan terhadap beliau kerana - BELIAU SANGATLAH MACHO. Macho adalah keywordnya di sini ya murid-murid.



Kenapa begitu tinggi sekali darjat beliau? Sehingga sanggup menarik segala kutukan & gelakan? Ini kerana, saya amat berterima kasih sebab dengan berdirinya di sebelah beliau di dalam lif, menjadikan saya umpama seorang perempuan yang kecil, halus, molek dan cute. (kenapa cute? wallahualam.) Bukan senang nak alami perasaan koya kecik nih kohkohkoh. Hyperbola semata. In a word - 3T - tall, tough & tan. Memang complete set.


Okeh, jadi pulang bekerja dah tak gelakkan beliau. Persepsi sudah berubah. Dia dibenarkan obses terhadap kasut sendiri sebab dia macho. Orang macho boleh buat apa saja yang dia nak. Ah alasan. Pendek kata balik kerja terus intai kat bawah. Psiko.


Kehidupan di sini lebih menarik apabila ada Tennis Tournament. Hari-hari pun boleh intai abang kasut. Abang Kasut pulakk nama dia. . ok, jadi hari-hari pun dia main tenis. Yang pelik, pukul 7.30 pagi dah start main. Time orang balik kerja pun dia dah start main. Dia nye tak kerja ke ape? Ni yang nak marah ni.


Setelah beberapa hari kerja-kerja pengintaian demi mengisi masa lapang dalam rumah yang sunyi ini, tiba-tiba, sewaktu tournament yang ramai penonton tepi pagar tu, saya ternampak beliau sedang memimpin tangan seorang toddler yang jalan pun gigil-gigil lagi. Alamak, tu anak dia ke? Alahai.... . . . *muka sedikit tak beremosi*


Dengan itu, hiburan sudah tamat.
Tak fun ah mengusha laki orang, kan?


Taaapi! Malam tadi, time duk menikmati bintang di tepi tingkap, saya ternampak dia dan kanak-kanak itu lagi. Ohhooooooo ~ tu bukan anak dia lah! Saya kenal kanak-kanak 3 beradik dalam stroller tu. Mereka ialah anak jiran saya yang duda tu, baru nampak diorang lalu depan rumah tadi (dia duda ke aa? confused + kesian). Yarghhhhhh nak kena rancang strategi berbaik dengan pak jiran ni. Okeh.


Hiburan kembali bersiaran.
Dengan misi - Menjejaki Jenis Pekerjaan Beliau. Tett!



nota: Wahhh haku suka la buat kerja-kerja tak berfaedah macam ni! Disamping mengisi masa yang kembali banyak terluang ni, er.. juga... ermm.. juga boleh membusykan fikiran yang kosong ni. hurray. . .? 

*walau aku ini begini, jangan takut sama aku. aku tidak membahayakan sesiapa*

13 comments:

Fzah Ruslan said...

mu nik !! gelak golek² aku sensorang !! akakkaka !

ape jadi dgn beliau kini ? heh.

mu ktne skrg eyk ? aku lalu Baung td. terpanggil² nk singgah. tp kawan french aku ade skli, so cancel la.. =)

MATAHARI said...

kau ni mmg suka tny org keja ap eh?haha

terataiflowerz said...

penah buat mcm tu jgk.....tp sekrg sy dh bersara...tp ia sgt menyeronokkan

Tun Teja said...

nak jugak...knape encik beliau)tidak pernah berjodoh dgn saya...ntah2 gay...ahahhaa...sbb tu asik tilik kasut...wawawawa(ayat org dengki)

Fifie said...

wondering... ila tak isi SPA ko? ada architect post... nak komen mana tau.....paka komen sini

ila ni said...

fzah:
baung!!!! hahah next time singgoh je, ma aku masih mengingati mu. well skrg beliau sudah boleh bermain dgn penuh fokus, kasut dah tak putih sangat dah. hanya tuannya makin... er.. hensem? ;p

matahari:
ha'ah, soalan cliche nak berkenalan bahahah. formspring kao bila nak berjawab? aku tatau pun mcm mana ianya berfungsi, aku saja gatal tangan tanya soalan ritu.

teratai:
kan? kan? sangat seronok, rasa terisi segala masa lapang yg ada. laa kenapa dah bersara ;)

tun:
wehhhhhhhh jangae!! jange gay. biar la tok kait dgn ila pun, tapi jgn la dio gay hahahha

fifi:
utk architect post ila raso ila tokleh apply lagi kot, nak keno habih part 2 dlu.. ;(

MATAHARI said...

dah jawab da. hahaa

ila ni said...

er.. mana aku nak cari skema jawapan? aku buta it

MATAHARI said...

ala. kao klik la kat tmpt ko tnya soalan. kau klik nama ultraman3 kt bhgn tu

ila ni said...

oo begiturr... isk tipu, tak sampai 3 minit dah ada komen kao, maksudnya shif kao bukan 3 minit ;p

MATAHARI said...

haha
haha.haha. haha. kantoi dow.

terataiflowerz said...

skrg dh xde sape nk di skodeng..adehh

MATAHARI said...

haha. aku ada apa.kahkahhaaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...