bercinta. jangan over.

JA-JANGG! 
saya tak tidur lagi! 
gedik tak gaya? 
gedik.


ni lah masalah dia. tengah hari tidur banyak sebab mata takleh nak bukak, matahari siang menyilaukan mata yang amat. kepala sakit. disebabkan spek tertinggal di puncak bukit di Ampang, maka tidurlah jalan penyelesaiannya. Panjang nampak alasan kao ila?


baiklah, di sini ada sedikit pesanan. tak nak terima takpe, nak terima pun takpe.


bila kita semua dah start bercinta, tetapi belum berkahwin, kalau boleh jangan lah terlalu BERLATIH sangat menjadi sepasang suami isteri. dengan maksud berlatih itu, boleh lah ditafsir mengikut pendapat masing-masing. berlatih pegang tangan ke, berlatih bawak balik rumah jumpa mak ayah sedara mara siap join masuk dalam gambar tahunan family ke, banyak lagi lah.


sebabnya, bercinta je pun. jodoh belum tentu dengan dia kan. kalau (nad'uzubillah) tak jadi, tak ke haru? turun tangga rumah, nampak gambar family terpampang, ada dia jugak terselit. hati pulak asyik tak tenteram risau kalau-kalau gambar-gambar 'mesra' suatu ketika dahulu terdedah ke bakal mak mentua baru ke. dunia ini kecik. tak mustahil bakal mak mentua baru itu ialah BFF bakal mak mentua lama.


fikir je lah sendiri yang selebihnya.
just, don't get too excited. boleh?
kita tak doakan yang buruk, tapi still, kebarangkalian itu masih ada.


5 comments:

MATAHARI said...

dunia zaman sekarang.

cuma mampu tersenyum je tengok.
serendah-rendah iman apabila kita diam melihat nya tanpa tindakan.

ila ni said...

kan? nak tegur banyak-banyak pun, tak berani. sengih je lah. pastu duk kegelian dalam hati kohkhohokhoh eh agak keji begitu.

kacang berkeju said...

setuju 100%.mase seblom kawen beria2 sgt.tapi dah kawen xde lak camtu.jgn kate nak pegang tangan.nak suh duduk kat seblah pon susah.cik ilani,baek jadi cam i kawen mude.dulu mule2 org mengate sebab kawen awal sgt,belaja pon tak habis lagi. tapi at least takde nak wat maksiat kan?

ila ni said...

;)
mencegah itu lebih bagus. sape tu yang mengata tu?? meh nak sekeh.

theblabber. said...

totally agreed!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...