dunia blog makin penuh dengan orang judgemental

judgemental
1.) A way of making ones self feel better, by hurting others. Usually caused by closed mindedness, and a lack of manners.


*   *   *


kali ni, serius lagi sekali. 
sekadar termenung melihat senario akhir-akhir ini.

soalnya, kenapa perlu 'dibahan'kan blogger lain? apa yang awak dapat? dapat komen  "terbaekk!!" dari manusia se-notion dengan awak? kesian lah kat mereka yang dibahankan tu. itu bukan menegur, itu menghentam. kalau menegur, berkias-kias tu, ok lah. tapi ini, bahasa yang dipakai, Ya Rabbi kasarnya lah. tapi biasalah, claim yang cara tu lebih cool dari cakap-cakap belakang. padahal 2 x 5. kalau terjadi kat diri sendiri, pandai pulak buat ayat; 

"tak suka, boleh tekan butang X merah dibahagian atas belah kanan, wa tak paksa lah lu baca apa yang wa tulis!"

adakah beliau mengaplikasikan konsep yang sama apabila terjumpa blog yang di-rate gedik @ membencikan oleh beliau? semestinya tidak. sebaliknya, cuba mencipta fenomena di dunia blog; fenomena menggaris panduan syarat-syarat berblog ciptaan sendiri dengan cara menjatuhkan air muka orang lain.


kamon lah, takkan takleh tangkap lagi point sekarang ni.


ada yang menghentam pasal sekumpulan blogger berfesyen melampau lah,
ada yang menghentam pasal blogger blogwalking lah,
ada yang menghentam pasal blogger main update tapi takde point lah
macam-macam.semua orang buat nampak saja buruknya.


saya bukan dalam golongan blogger berfesyen melampau (juga bukan dari golongan so-called blogger) tapi saya tetap kurang selesa dengan pandangan-pandangan 'bernas' blogger lain tentang mereka. bukan nak back up sesiapa, tapi bukankah lebih elok kita diamkan saja apa-apa yang negatif dalam fikiran kita? kalau kita dah tau benda tu boleh menyakitkan hati orang lain, kenapa perlu diwar-warkan jugak? silap haribulan boleh menambahkan dendam. yang paling ditakutkan, orang yang dianiaya tu tak memaafkan kita. dosa sesama manusia tu memang takde sape boleh tolong dah esok-esok.


mengenai blogger main update tapi takde point, memang lah menyakitkan hati bila excited nak baca tup-tup "dah? itu je nak cakap?" tapi alah, apalah sangat kesakitan hati yang sekejap tu, sekadar lekat celah gigi je tu. tak perlu lah nak perpanjangkan. lagi pun, awak confirm ke niat dia ada akaun blog tu untuk serious berblogging? memang dia nak jadi blogger ke? entah-entah awak tersilap masuk ruang orang. blog dia hanya untuk sebarkan khabar buat kawan-kawan dia tak?


tak kisah lah apa pendapat kita semua tentang orang lain, tapi haraplah kita semua tak meletakkan blog sebagai perkara utama dalam hidup, sampai nak gaduh-gaduh tak puas hati sana-sini. fikir-fikirkan dulu apa yang nak 'dilepaskan' dalam blog. kalau ianya berkemungkinan menyakitkan hati orang lain, save je lah dalam draft.




'Being judgemental will show 
people how tactless you truly are'


15 comments:

Anif® said...

Sangat setuju dengan apa yang awak tulis..

ザ-sylver- S said...

adoi, bahye ni, kene QC abes-abesan entry b4 post ni..kalo tak mampus kene bahan...haha


anyway,

never give a shit to these blog things,and blablabla...
Just for fun jerk, ometimes there are something real yang nak di-share,kona sikit2 supaya reader paham ,enjoy ape yng kite tulis2...
Ikut orangla, ade gedik dlm blog tp real dia jenis series muka ketat je manjang,

., personaly I'm just enjoy this kind of differents ,kalo nk bahan, bahan sesama rakan sudahh..ni yang dok sebok2 nak post ,nak ajak orang join geng dia,..siap tampal2 gambar kawan tu..

huhu
for me, they are LOSER..(bodoh, byk lg space yang perlu ko sakit hati)

eh, ter-emo lak, loser kan saya

SANDRA AZWAN said...

Dalam dunia ni ragam manusia memang macam2. Ada yang 'OK' dan ada yang 'KO'. Selalunya golongan2 yang 'KO' nie mempunyai satu penyakit kronik yang tidak ada penawarnya. Kesian kan?

MATAHARI said...

erk. ni kerana sarkasis ke?

MATAHARI said...

ooo. aku ingat kerana sarkasis.

Fifie said...

sap yang komen pasal fesyen blogger? nak tengokk..share la Ila

hamiDahRecKs said...

biar la ilani oiii
orang2 gini takde benda dlm hidup diorang,,,
hehehhe,,,,
meriah sikit dunia nih ade org2 gini...ehh

ila ni said...

pak anif:
kita geng.



ザ-sylver- S:
betul2, bahan sesama rakan sudah :D heshh


hahah hoi awak, kalau tak buat lawak memang tak boleh eh? boleh lah nak emo punn



sandra:
sangatlah kesian.



matahari:
eh bukan. jangan salah faham. ini mengenai mereka yang menegur menggunakan bahasa kasar dan rasa bagus menegur begitu.



fifi:
heheherr.. nok ko? tok payoh la



kak reck:
sangatlah meriahnya

luna said...

haha.ila.otak kita sych ke? baru nak buat entry pasal ni kat sarkasis

ila ni said...

hamboihh luna giteww:
haha buat la, nk jgk baca gaya puitis sempoi anda


matahari:
btw, kalao kao perasan, aku pun ada menyokong di entri 'itu' di sarkasis. aku on saja kalau bahasa tak kasar :D

MATAHARI said...

haha. aku perasan. jangan risau.:P

en_me said...

kaanns..

ewanrani said...

wah info yang sgt berguna..thank...

entries terhangat>>Maharaja Lawak Minggu 5 : jozan terbaik

sabree hussin said...

saya blogging cume untk sendiri je.. tak kisah pun orang lain nak blog pasal apa.. nak hentam ke.

my blog pun still banyak kelemahan and still a long way to go.. but then i prefer comparing my blog to my self..

adakah aku dah buat yang terbaik yang aku mampu lakukan, instead nak compare dengan blog orang lain.. oh

Jαnnαhツ said...

erm, saya penah tegur orang elok2 orang kutuk saya balik, memang bengang la jugak. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...