feeling kewanitaan

saya menghabiskan banyak masa di facebook hari ni. berjalan-jalan melihat gambar-gambar kawan. ramai dah kahwin rupanya. banyak-banyak gambar kahwin, saya sedar satu ciri yang sama dikalangan pengantin perempuan. mereka semuanya berperwatakan lembut semulajadi. setuju? setuju.

jadi, bagaimana?


patutnya takde bagaimana-bagaimana lah.
macam tu je lah. nak buat macam mana lagi.
tapi macam-macam mana pun terfikir jugak. usha lelaki, nak tengok yang macho je, yang terserlah aura jantan nya. erhh. tukar. aura lelaki nya. tapi, awak sedar tak yang awak tu langsung takde ciri-ciri kewanitaan?



lemah-lembut, ada?
takde

lemah gemalai?
laagi la takde.

cakap perlahan?
jarang sekali.

dah tu semua ciri takde, air muka lembut sedap dipandang, ada? LAAAGI lah tak de, kan?



tapi soal lemah lembut, lemah gemalai & sopan semulajadi ni, apa lagi yang boleh dibuat kalau dari dulu lagi perangai tak pernah nak bercirikan perempuan melayu terakhir? takpe. saya perempuan Arab terakhir. (Ada hati mata sepet tak nampak 180 darjah, bulu mata pun tak cukup, nak ngaku Arab??) redha je lah ye kawan-kawan.


saya bermata belah kiri.


jadi, macam mana nak buat diri terasa ayu dan terserlah kefemininannya? konon kalau rasa ayu, rasa macam takkan masuk dalam list andartu lah? WEHH ANDARTU?? apa nih?! baru 20 tahun lah! start menipu umur tu, apa maksud..


ok proceed.
sekarang ni, ada 2 benda je yang boleh buat saya rasa sangat wanita. hihi malu. cara ini mungkin berkesan jugak untuk orang lain yang susah nak feel 'kewanitaan' dalam kehidupan seharian. layankan aje tips ciptaan  ilani.


1. rambut
kalau tiba-tiba bangun pagi tu dan rasa 'hari ni nak jadi perempuan ayu lah' , maka, bolehlah ikat rambut ala-ala effortless yang sangat feminin. konon je la femininnya.


 macam ni.
 walau muka tak secantik orang atas ni, saya begitu yakin, 
dengan berambut begini, kita akan kelihatan feminin dan sedikit suwit. 
ye, hidup kena yakin ye kawan-kawan.
jom pakat-pakat buat rambut macam ni. 



tapi kalau rambut jenis tak smooth, buat je lah cara ni. 
kalau orang cakap selekeh pun, boleh fight atas dasar trend.
yang nyata, saya tak boleh ikut trend ni, dem.


gaya ni? *menguap* 
dah bosan. 
cun memang cun, tapi tak valid untuk menghasilkan perasaan feminin.



2. house chores
ini, memang first class.
asal nak kemas dapur je, terus rasa macam wanita berperibadi anggun lemah gemalai. asal nak jemur baju je terus rasa cun.


kemain kao ila, bab berangan, mesti nak jadi cun, jelita.  
humpphhhh. bukan awak macam yang bawah ni je ke?




 ... oklah...kita sama. janji happy.
(nada tak berapa gembira)


tapi saya tak cakap pun benda-benda ni dibuat untuk menarik perhatian lelaki ehh. lelaki pun tak pandanglah benda-benda ni. ni untuk feeling dalaman kita-kita je agar merasa la jugak kewanitaan tu walau sechoet waaahahaha! tak feeling, tak tau la..bagi ilani, dah habis 'wanita' dah ni buat benda-benda ni :D !

6 comments:

Tun Teja said...

hahah..tp pakai tdg xnmpk da rambut..untuk tatapan suami sahaja?..

hamiDahRecKs said...

xpayah feeling2 wanita...just be urself,,,ade jer pasangan yg dijanjikan yg akan dpt terima kita seada yer...
hihi...akak ni mmg jelas kurang sekali kewanitaannya!hahahah

ila ni said...

tun:
uih harus lah! ohkohohkoh.
doklah, ni untuk meng-up level of keperempuanan bagi yang tak dilahirkan terlalu feminin ;)


kak reck:
er.. macam nak setuju ayat last kak reck tu, boleh? hahhahaahahhaa

tapi tapi tapi... muka kak reck memang semulajadi keibuan dah hihi

anOOan said...

just be urself ila.kalau saya lelaki dah lama saya tertarik dengan personaliti ila.betol ni.

en_me said...

hi akak ittewww.. ehehe

ila ni said...

Allahuakbar malunya saya kak aAn..


takde 'ihiks' ke kali en_me? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...