lega

3,4 hari ni banyak kerisauan yang dah berakhir. Speaking test dah, the rest pun dah. Mula-mula speaking test agak yakin yang IELTS itu agak senang. Kononnya lah. Pamm masuk bab Reading dia, Ya Rabbi! Sape yang cakap IELTS tu senang, humpphh memang dia seorang yang dah biasa dengan membaca journals la. Pakcik gaya eksekutif Petronas kat sebelah sangat psiko. Semua test dia nak siap 10 minit awal. Kita ni punyalah nak tertanggal mata duk baca 2,3 kali nak paham satu-satu ayat tu. Benci ah. Gaya macam nak kena bayar lagi RM 550 je ni.

Lagi kerisauan, submission banglo. Lepas banyak kerisauan bila kos melebihi expectation client, akhirnya dia tetap nak proceed dengan pelan yang saya design itu, alhamdulillah. Terasa kembali yakin untuk berdesign pasni.

Lagi, kerisauan.. ah tak payah cerita. Malu. yang nyata, malam ni tidur nyenyak-nyenyak, esok malam balik ke rumah ayahanda bonda, yehhu! Doakan selamat sampai ke destinasi. 

2 comments:

efa fairuz said...

tahniah atas semua kelegaan.. hehehe

ila ni said...

heheh, baekk. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...