tips berdepan dengan orang yang sedang marah

tajuk dah sesuai untuk website RTM.
hesh takleh jadi. tak buat keje aku ade internet berkuasa kuda sebegini. sebelum disconnect, ada satu benda basic yang nak di share. benda basic dalam dealing with friends and strangers.

aku rasa aku memang hebat dalam bab-bab hipokrit. kehkehkeh. jangan salah faham, aku hipokrit untuk keamanan sejagat. aku belajar to be hypocrite melalui pembacaan buku Dale Carnegie, pemotivasi glemer yang buat buku How To Win Friends & Influence People. Aku suggest sesiapa yang selalu rasa diri macam ada masalah dalam komunikasi atau memenangi hati orang sekeliling, sila la baca. Terkesan. Cewah nak cakap aku diterima ramai ke? Bukan. Aku bukan ramai kawan pon. Ni dalam mode nak share ni. 

Tapi tu lah, benda basic yang nak di share ialah, mengalah. beralah. 

Simple je. Beralah tak bermaksud ego jatuh. Beralah, pastu mendiamkan diri kalau dah tak tahan nak meletup bila ada salah faham dengan sesiapa. Dah banyak kali aku buat uji kaji pasal beralah ni.  Mengaku je yang kita ni salah. Percayalah, bila kita mengaku salah, pihak lagi satu tu automatically lembut hati walau secara diam-diam. Lepas dah lembut sikit, baru explain keadaan bagi pihak kita pulak.

Contoh tadi, client mesej gaya-gaya nak marah sebab pelan banglo dia aku tak hantar-hantar lagi dan nak demand esok hantar sekali dengan pandangan-pandangan lain. Sengal la jugak, sebab sefaham aku hari tu cakap lain. Stok aku, kalau orang marah aku, aku dah start gigil takleh buat kerja.

Jadi aku reply,

"Em memang salah saya sebab busy dengan kerja lain. (intro begini yang penting) Cuma, ila catat hari tu 13hb start semua proses & agreement dan ila dah set seminggu b4 tarikh akhir, ila akan buat yang pakej sekali ubah tu.(explain keadaan kita) Ila pun salah faham ingatkan untuk draft, akak nak pelan sahaja.(mengaku salah lagi sekali) Takpe, malam ni ila buat takat yang mampu dan esok ila emel. Sorry ye kak (dan mintak maaf)"

Resultnya, mesej dia lepas tu terus ada hehe huhu hee. Siap mintak maaf jugak kot-kot ada terkasar bahasa dengan aku.

Kiranya benda penting tatkala menghadapi orang tengah panas kat kita;

1. biarkan dia luah
2. mengaku betul je dulu apa yang dia cakap
3. explain yang sebetulnya dari pihak kita.
4. mintak maaf as if kita memang salah.


penting; nada lembut! bukan nada perlian. buat-buatlah macam ikhlas sikit mintak maaf tu.

tapi tu lah, bukan lah semua manusia boleh jalan dengan kaedah ni. kalau dia dah start keluarkan besi macam 'pakcik razali' tu, lari je lah weh. 

Okay ah, tu je nak cakap sebenarnya. lepas gian membebel.
Harap tips 2 sen ini dihargai kohkohkoh

11 comments:

MATAHARI said...

sangat dihargai. hehe.

ila ni said...

terima kasih.

MATAHARI said...

la. itu je.hehe

ila ni said...

ahahhahahah dah tu kao expect ape?

MATAHARI said...

expect the unexpected :P

ila ni said...

sungguh kau unexpected,Lu.

en_me said...

gian membebel rupanyerr.. ehehe

Tun Teja said...

client itukah...

ila ni said...

haha en_me, ye saya suka merapu dan membebel cara pengecut;- luah kat blog!

ye tun..takut ah, sebab byk tok reti ni. tibo2 bumbung jadi tok keno la, itu la ini la, sero nok mmuroh rego sebab ddebar

Tun Teja said...

hahahha..relax sudah...muroh doh tu ila amik...nsb baik ado ore nok buat...

ila ni said...

yehh! nasib baik dio suko banglo tu, tibo2 raso nyesal set rego muroh tu cisst hahah tok mensyukuri nikmat sungguh la ilani..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...