dengan abang ipar dan jiran-jiran lelaki pun kena tutup aurat, tau?

saya rasa, ini solution terbaik bila balik kampung beramai-ramai time abang-abang ipar pun ada sekali. lagi pun, senang, kalau tiba-tiba nak kejar anak buah yang dah terlepas ke luar pagar ke, nak jemur kain baju ke. apa ingat jiran-jiran tu semua mahram kita ke? 



"sampai hati kao baju... "
TIDAAAAAK !!! AKU EJA IPAI WHY WHY WHY !

saya letak gambar tudung ekspres walau tak suka sangat pakai. tapi ke-ekspresan beliau tak boleh dinafikan lantas dapat menumbangkan ego lalu mengakui beliau adalah calon terbaik untuk digunapakai setiap hari di rumah. RUMAH SAHAJA, ILANI! grr..


selipar dalam rumah tu pulak untuk menggantikan stokin. aci dok? sebab kalau pakai seluar, memang kombinasi ideal lah dengan selipar jenis ni untuk cover kaki.


inner; saya pun belum buat taktik ni. tapi rasanya ok kot. 
nipis je kan inner?


memang, tahap keselesaan agak berbeza kalau tak payah pakai semua-semua ni. pakai t-shirt dengan seluar je kan best? apehal nak pakai tudung kat rumah sendiri. tapi, apa boleh buat, dah memang aurat. jangan disebabkan familiarity itu membuatkan kita menjadi ignorant bab-bab macam ni.


harapannya, biarlah menjadi azam saya ni.



kalau pakai macam ni, muka jadi macam aishwarya rai. 
taknak?


16 comments:

White Bird said...

ramai yag pandang mudah aurat dengan ipar duai ni.. mcm sy sendiri kat rumah mak dah pesan dan ingatkan.Selepas ada abg ipar mula-mula rimas pakai tudung dlm rumah sendiri,tapi lelama dah biasa dan tkde masalah lagi..=)

faiz said...

susahkan kalo jadi perempuan kan..tahniah demi agama kita perlu sanggup bersusah...

soleil_m said...

i've an abg ipar staying at home with us. even kalau dia xdak kt rumah pn i.e g ofis or out station pn, jd automatically nk pakai sopan2 dlm rumah, complete with tudung semua

i think it's a good practise, not only with abg ipar, tp dgn strangers juga. we nvr know who's going to knock on our door secara tiba2 ayte? :)

izawati ahmad said...

bagus juga idea tu. tapi akak pernah tanya ustaz, dia cakap kalau dengan adik beradik ipar (lelaki), aurat kita rambut tak apa, tapi anggota badan kenalah jaga.

boleh check semula untuk kepastian. seronok juga share ni.

izawati ahmad said...

sorry sorry, lepas komen tadi akak rasa tak sedap hati lalu terus mencari di google. pendapat pertama tadi adalah ditarik balik. hehe.

walaupun ustaz yang akak tanya tu kata okay, tapi selalunya memang ada percanggahan pendapat, so akak rasa to be on the safe side, akak nak guna yang ini lah http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2008/12/aurat-dengan-abang-ipar.html

okay dah, boleh beli stokin.

mdfaizal said...

tahniah, mmg mcm ni pun yg patut dipraktikkan.. semoga istiqamah.

Ungu said...

haha.

aku juga tak suka tudung ekspres yang ada atap kat atas tu. haihh.

tapi tak bisa disangkal.

ia memang menyenangkan. sarung je.

ila ni said...

white bird:
betul2. saya pun baru je 3,4 tahun start pakai tudung dengan abang ipar. sebelum ni xtau aurat dgn abg ipar sama dgn lelaki bukan mahram.dan yes, lama-lama dah tak rasa rimas dah :)


faiz:
agakla susahnya :)
terima kasih. doakan saya istiqamah la ye.


suria:
ye betul2, kadang-kadang saja taknak bukak walau abg ipar dah keluar, sebab tak nak terkocoh-kocoh bila ada orang ketuk pintu, biasanya pos laju lah *kantoi online shopping!* :D


izawati:
wahh thanks! link tu, isi dia simple tapi padat. baru tau psl kelonggaran berstokin tu. terima kasih kak. ('akak' ke kita ni?) :)


mdfaizal:
terima kasih banyak2. saya pun harap2 istiqamah lah bab lengan panjang ni ;)


ungu:
kan? apsal laa design dia macam buruk, kalau tak memang dia dah jadi tudung terhebat di dunia dah ;D

en_me said...

insaff kanns.. ehehe

efa fairuz said...

aduiii..part muka jd aishwarya rai tu lawok ahaha

ila ni said...

en_me:
;)

kak efa:
mano tau kot jjadi betul? :D

Wahida Nasution Thakhrim said...

walaupun belum apa ipar lelaki tapi saya dah praktik awal2.. jadi nanti tak la rasa kekok..

ila ni said...

bagus achik bagus ;)
ila dlu masuk U baru start pakai tudung dgn ipar, huu rasa berdosa yg amat lengah2kan tindakan slama ni

Nadzirah said...

betul tuh. tp kadang2 saya pun terlajak je bukak aurat pg sidai baju. huhu ~

p@kcikLie / mamadiana said...

emm memang bagus..bole buat...Islam itu mudah bukannya menyusahkan umatnya...kita kena sedar diri sendir..tq pasal info ini, salam kenal dari mamadiana.

ila ni said...

nadzirah:
sama la. ila pun, bajet2 takde jiran kat luar, redah jugak sidai baju tak bertudung.. bila nak gigih tah bab2 ni ;(

mamadiana:
u're welcome.
salam kenal juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...