kehidupan simple : bakal berakhir

tajuk tukar.
December 2010, quit kerja. 
Sebab, bosan. Tiada sebarang penambahan ilmu dan kerja memang takde. Masuk ofis, tenung muka PC sampai mengantuk. Tidur. Bangun lunch. Masuk. Tidur. Bangun, balik. Everyday. Ada kerja pun, yes, bukak pintu ofis tiap-tiap kali bunyi loceng. 

Sebaik resign, teringat wani.
Call, dan dia pun buat benda sama. Terpengaruh dengan reformasi saya mungkin ;) Ajak dia stay kat bilik sewa dan pakat-pakat bersetuju untuk mencuba kehidupan simple seperti yang orang lain dah alami after SPM dulu. Jadi, catu duit dan start job hunting. Saya; cashier carrefour. Wani, front desk Prescott Hotel. Niat sebenar break dari dunia architecture & landscape ni ialah nak settlekan urusan sambung belajar di New Zealand dan cuba untuk study bersama-sama untuk IELTS.

makanan petang dan malam.
kadang megi, kadang roti.
kadang Pisang Goreng Akak.


Sumpah penat. 
Tapi kepuasan & keseronokan memang jauh beza dengan kerja ofis. My bad, saya bertahan 2 minggu plus saja sebab tak sempat nak fokus pada kerja-kerja freelance bungalow. Maklomlah, pergi carrefour wangsa maju pukul 9 pagi, berdirilah sampai 11 malam. Sampai rumah pukul 1 pagi, terus basuh uniform dan tidur. Masa tu, excited. Penat pun, still boleh senyum sampai malam. Line panjang sebab CC lambat pun, dengan rela hati tolong cakap "sorry cik, lambat" to each customer. Makan time tu memang tak, terlalu penat maybe. Asal masuk foodcourt je, nampak milo ais je. Sambil minum milo, sambil buat latihan IELTS. Peh. Kurus lah time tu. kehkehkeh perlu eh bagitau? Perlu.

Tapi wani kental, kekal di Prescott sehingga sekarang.

watak utama menunggu isya'.
bukan senang nak bersua muka melainkan hari off.


Dan result untuk sambung New Zealand? 
Huu. Tahun depanlah cuba lagi. Moga-moga tahun depan segala dokumen penting tak hilang di tengah jalan. Tak tau nak marah sape. Tak perlu marah-marah sape-sape lah. Rezeki belum ada.

Tapi wani, dia dapat. 
Tapi dia tolak!! Grr..
Sebab? Takde member. 
Oh wani.. kalaulah ila ada kuasa nak mempengaruhi keputusan wani lagi sekali.. Tapi! wani dah janji tahun depan nak try lagi dan janji nak pergi kalau ada kawan. Wani, sila ingat perkara ini. Dan sorry for writing benda ni di sini. So, friends of wani, sila racuni pemikiran dia agar dia sambung master jugak walau di mana saja dia berpeluang, walau takde kawan seperjuangan di tempat tu nanti. Tolonglah. 

Jadi, lepas exam IELTS, saya pulang menikmati kehidupan di rumah mak ayah. Dan, minggu depan, mimpi indah ini akan berakhir. Saya akan kembali menapak ke Bukit Antarabangsa. Kena kembali gigih mencari kerja dalam bidang yang sebenar. *mengeluh kecil*

Kepada kehidupan simple, sumpah saya akan rindukan awak!
Awaklah pengalaman paling berharga dalam 24 tahun saya hidup di muka bumi ni. (taknak ngaku 25 lagi) haha! ok. dah lewat malam.


3 comments:

George M. said...

So, u're an unemployed too? Cool! ;D

t E d said...

oh!
kita sebaya rupanya!
keh keh keh

ila ni said...

ye george, harap2 cukup-cukupla 3 bulan bercuti ;) dah taknak jadi cool haha!

ala ted, sekali sekala. bila lagi kao tak perlu panggil aku kakak? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...