kisah cerita tak jelas

Siti mendapat tau dari Bedah perihal rakan mereka, Jojo yang sedang tertekan emosi dan mental gara-gara perangai tunangnya yang tah apa-apa, sedangkan tarikh kawen mereka tinggal lagi 1 bulan.

Siti, yang sentiasa ingatkan jasa Jojo yang selalu berada pada saat susah &senangnya dahulu, telah membuat keputusan untuk melayangkan pertanyaan khabar dan sedikit kata-kata motivasi sebagai tanda keprihatinan terhadap masalah yang dialami Jojo. kurang-kurang, emosi Jojo sedikit tenang bila dengar ayat-ayat begitu.itulah harapan Siti. walau mereka bukan dari golongan sahabat karib.

kata-kata semangat diberi. penuh dorongan supaya bersabar dan mencari kepositifan dalam hubungan yang dah separuh termetrai. random & general saja ayatnya. jawab Jojo,  


"thanks" 


ringkas. amat ringkas berbanding buih-buih liur yang keluar dari mulut Siti. ye lah, Jojo kan tengah berkecamuk, normal lah tu.


selepas 1 bulan, Siti menelefon Bedah.
nak berjanji nak jumpa kat mana sebelum gerak ke wedding Jojo.
kata Bedah,


"laa.. hang tak tau ka dah sebulan depa putuih. masa aku habaq kat hang tu, depa dah putuih la"


jadi, sekarang Siti berasa amat serba-salah.
agak-agak, masa duk cakap dengan Jojo sebulan yang lepas tu, apa pandangan Jojo pada Siti?
perlian?
sindiran?
sinikal?
patutlah sepatah je jawabnya.


*  *  *


situasi sama perkara berbeza.
maaf, aku baru tau hal sebenar.
aku tau kao ok . kan?
ini masa yang terbaik untuk naikkan semangat.
aku pun pernah alaminya dulu.
kao boleh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...