siapa pewaris masakan ma?

tadi rasa macam malam raya.
ada kak iza, ada kak iham. cukup la tu.  
walau kak ifa takde, skala kebingitan dah cecah tahap jiran nak pelangkung dengan mesin basuh. tapi, bising-bising kak iham pun, at least tadi saya belajar buat ayam goreng kicap halia.. (ke ayam kicap goreng halia?) ceh senang je rupanya. kesian, baru tau masak.


yang tak senang ialah nak masak gulai ikan untuk dimakan lebih 50 orang tetamu. haa itu saya belum belajar. 
kadang-kadang takut. 
terfikir yang bukan-bukan.
macam, macam mana kalau tak sempat belajar masak dari ma? 
ah kakak-kakak bukan reti sangat pun masak untuk kuantiti yang banyak tu tuu haha!
siapa nak masak untuk raya esok-esok?
tapi betul, lepas ni nak kena ada gerakan dalaman untuk belajar. 
sedih nak fikirkan tapi yes, kalau ditakdirkan ajal aku lebih lewat dari ma, kurang-kurang nak lepas rindu, boleh masak ala-ala masakan ma.. oh air mata..


ok, selamat menyambut hari jumaat semua.
esok giliran rumah Cikgu Nor & Kak Lah buat makan-makan untuk geng madrasah. jemput datang.<-- semestinya ajak-ajak ayam.


merujuk pada tajuk:
adakah aku?


5 comments:

MATAHARI said...

selamat hari jumaat.

faiz said...

belajar jangan tak belajar..

ila ni said...

yeh matahari, selamat!

er.. esok lah faiz :D

en_me said...

selamat petang jumaat cik sang buddy ittewww.. ehehe

ila ni said...

selamat pagi sabtu puloks. ihiks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...