wayne hemingway yang cool

kalau dah terlayan World's Greenest Home channel 707 memang takkan sedar mulut terlopong sampailah rancangan berenti untuk iklan kejap. sorry kalau entri ni menyentuh sensitiviti sesetengah pihak (?) apa pun, ini jenis rumah idaman saya. tak perlu cun, asal spaces di dalam itu logik, praktikal, airy dan cahaya mentari melimpah ruah. layans.


siap dalam rumah ada benda ni. 
sesuai untuk anak-anak yang takleh duk diam.


post-it stack table.
(belasah je nama tu)
sangat praktikal.
budak-budak nak conteng pun contenglah, 3 tahun pakai belum tentu habis.


semua orang dalam space yang sama walau aktiviti berbeza-beza.
konsep yang bagus untuk menjana keluarga yang mementingkan hubungan rapat.


wallpaper cool.


decking yang buruk & rustic memang idaman qolbu.
tu lah owner.


outdoor kitchen khas untuk party
designed by his wife.


tempat lepak & bekerja yang damai.
hanging table tu yang menarik perhatian.
bahagian atas tepee khas untuk anak-anak bermain.


yeah. luarannya cuma begini.
tapi amat menarik perhatian ilani.
ye saya sukakan rumah-rumah yang begini, bukan yang berbentuk istana bagai untuk menggambarkan kebesaran, kegah-an rumah tersebut.
macam rumah bawah ni.
material luar sangat variasi dan cool.



er macam ni taknak.
jangan kecik hati.
haha aku lah tu yg design rumah client stok macam tu!
jahatnya rasa..



sebenarnya ada banyak lagi perkara yang membuatkan rumah ni tersenarai 
sebagai green home tapi saya tau, 
korang bukannya berminat sangat kann haha!


8 comments:

MATAHARI said...

cool!


erk.
yang bawah sekali tu ok gak.

ila ni said...

kalau aku ada harta yg banyak, aku dah bagi kao hadiah pengkomen terpantas ;)



er..
ye ke ok?

Anif® said...

Anugerah pengomen yang tidak cukup pantas beri kat Saya :)

Design rumah idaman tu.. Kalaulah ada cukup wang untuk membinanya..

ila ni said...

haha pak anif pun boleh tahan pantas pe..

inshaAllah, moga-moga dapatla tu bina rumah idaman dlm masa terdekat.

Anea_hayati ♥ said...

Best giler rumah..kena start mkn sekut kering n megi utk kumpul duit..hohoo

ila ni said...

owos anea, gitu mo nah ko. vios buleh doh ;)

~mrs azmi~ said...

i wish i have green homes too! memang seronok tgk design green homes dorang ni..

ila ni said...

kan? eh eh mrs azmi landscape architect; haruslah rumah cun ni kan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...