hijau cara awak macam mana?

Kehkehkeh kalau ada poster Go Green macam ni 
gerenti kerajaan hapuskan hari tanpa plastic bag. 


Ok cukup.
Rasanya, bagus jugak kalau kita pakat ceritakan apa yang kita buat tiap-tiap hari untuk menjayakan kempen selamatkan alam sekitar. Atau apa-apa perkara yang kita buat untuk menjimatkan kos. Mana lah tau, benda yang kita selalu buat tu, mungkin orang lain belum aware mengenainya. Jadi, dengan sebaran di blog masing-masing, itu rasanya lebih baik. Ke cemana?

Ini antara benda yang saya cuba amalkan.
Tak tau ada kesan positif ke tak, main ikut je apa yang pernah terdengar dan terbaca.


1. Tanggalkan plug bila tak pakai sesuatu alatan letrik. Ni tengok iklan 8TV pun boleh tau.

2. Bila on PC, TV haruslah tutup. Pilih salah satu saja. Jangan tamak.

3. Avoid using water heater selagi air tak sejuk maut. Orang cakap, selalu mandi air panas boleh buat kulit cepat kedut jeng jeng jengg. Dey, hofkos lah haku tak pakai sebab nak jimat letrik.

4. Sebolehnya pakai natural ventilation sahaja. Kalau tak cukup sejuk, baru on kipas. Terima kasih rumah sewa kerana berada di atas bukit.

5. Hanya on lampu di kawasan aktif sahaja. Tapi kalau rumah 2 tingkat, memang sebelum tidur wajib on lampu atas bawah. Saya ada masalah sikit dengan kawasan luas yang gelap. Fikiran terlampau aktif pon..

done with your judgement? 
tu dah bagi tambah bebintang kasi kurang hangat sikit kehkehkeh
saya belum masuk mana-mana parti lah.


6. Memelihara pokok bunga. At least ada lah effort tolong producekan oksigen. Walau pokok tu dah segan-segan nak hidup. Bosan dengan hidup katanya.

7. Baru start drive below 60 km/j lepas baca artikel pasal penjimatan petrol. Tah betul tah tidak. Malu la jugak bawak laju ni sebenarnya.

8. Tidur tutup semua lampu.

9. Basuh baju bila dah penuh sebiji mesin je.

10. Kadang-kadang, kutip la jugak sampah tengah jalan bila tau kat depan sana akan jumpa tong sampah. 


Jadi, itulah yang saya lakukan untuk bumi dan diri sendiri.
Anda, bagaimana? Sila kongsikan dan notify rakan blogger lain juga. Cewahh konon buat kempen seperti blog iteww?! Ok ok serius. Sumpah saya nak tau tips lain juga. Jadi, sila la buat entri pasal ni. Tak nak sudah.


nota tak sedar-sedar jugak:
Cuma satu saya tak amalkan walau berjuta kali dah baca mengenainya_  jangan.makan.banyak.



10 comments:

Anonymous said...

bila baca mula-mula tak paham kenapa kerajaan nak hapuskan hari tanpa beg plastik kalau poster go green camtu.

Baca kali kedua, baru paham. ehehe.

-ajahani malas nak sign in-

Anif® said...

15 tahun yang lalu saya dengan penuh bersemangat bertekad untuk berhenti merokok. Rasanya cukup hijau tu..

terataiflowerz said...

hijau cara saya.......ermmmm sy memang suke warna hjau....cm ne tu?? tp ok gak kan ikut cara2 di atas..menjimatkan...

MATAHARI said...

JANGAN MAKAN BANYAK


keh keh keh

efa fairuz said...

aiyooo.. komfem awal2 lg poster mcla kene banned :p

part paling last (jgn mkn byk) tu betul..paling susah nk buat..

part basuh baju bila baju dah basuh satu mesen, pun betul.. jimat api jimat ais jimat sabun... hehe

fae said...

di penang ni, hari2 adalah hari tanpa plastik beg. so sekarang dh membiasakan diri dengan recycle beg.. beli makan kat ofis pun tak mintak plastik beg lagi..bwk tupperware sendiri..

tempat keja saya dah haramkan polistrine putih ..

p@kcikLie / mamadiana said...

i respect u punya stail...bole ikut sama, mmg buat pon kat umh ni..pasal jimat bagai ni aku la orangnya...

contoh yg terbaik !

@mamadiana

ila ni said...

hesh aja ni, next time nak bagi hint yang senang di dihadam la ;)


tahniah pak anif! memang contoh terbaik. teramat gigih.


teratai suka hijau ke? sama ah, tapi ila suka 'real' hijau yg dari pokok. warna tiruan tak layan sangat ;)


hep matahari, perlukah dikau membold kan ayat itu? wahahah. baek. aku insaf sekarang.


kak efa why kita sama part makan banyak??hahha buat2 x tau.


wahh ye ke kak fae?
bagusnya penang. lepas ni nak beli tupeprware special jgk la, nak yang bila tapau pun rasa comel cam dalam crite jepun ;) tengs info!


kikiki kita sebulu la kak mamadiana ;)

Rashka Rashid said...

setujuuu sgt dgn sume cara tu!
langkahnya mudah je, tp kita sering amek mudah. :(

go green cara sy, musim2 panas yg bahang terasa amat perit tu, pg library utk rase aircond. jimat duit, jimat tenaga. heee

ila ni said...

pernah juga bt macam tu time study dlu, tapi sbb kat malaysia, musim panas itu bukan alasannya, tapi sebab hostel takde letrik kehkehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...