mengenai jemputan kahwin

kita faham, sejak-sejak masing-masing keep in touch melalui facebook, ajakan ke majlis kahwin memang dah biasa orang buat ikut benda alah ni, kan? bagus jugak untuk environment. jimat penggunaan kertas bla bla. geng pengantin pun boleh jimatkan kos bahagian kad jemputan. tinggal print untuk kawan-kawan mak ayah je. go green!


soalnya di sini, bukan medium jemputan yang menjadi isu, tapi kesungguhan dan cara mengajak tu yang penting.


Sebolehnya, bila dah pakai medium paling senang ni, try lah ber-effort sikit ajakan tu. bagi nampak ikhlas nak orang datang dan doakan kebahagiaan kita.Kalau takat;


"sesiapa rasa nak datang majlis aku, PM aku alamat korang" 
bajet best?


Baik tak yah.
Too general dan nampak macam orang yang akan letak address tu dahaga sangat nak tengok kao naik pelamin. Manners manners mana manners korang? Ayat tu kalau boleh, elok kan lah sikit.


Ada orang tak kesah, ada orang kesah. Ini sekadar teguran je. Apa pun, saya akan rasa semangat berkawan itu bila dia betul-betul ajak kita walau hanya menggunakan medium internet; tak cukup ajak di blog, private message lagi di facebook, invite thru event punye application lagi. itu yang dinamakan bukan ajak-ajak ayam. kita nak pergi pun rasa taklah tersorong-sorong sangat. (btw, berapa kerat je yang save no.fon kawan lama? nak nak kalau selalu tukar nombor, memang takk la)


Again, ini cuma teguran. 
If happens kawan yang mengeluarkan status itu membaca blog ini, maaf zahir batin. Itu hanya pendapat aku dan berharap kita masih kawan. (contoh status dah diubah takut kawan itu dah taknak berkawan dengan aku haha!)



nota khas untuk Elida:
thanks atas jemputan-jemputan tersebut. serius terharu. sorry sangat-sangat kerana sepertinya memang tak dapat cuti 15 April ni. Sorry jutaan kali pun tak dapat menggantikan hari besar itu kan? Tapi still, nok jugok mitok maaf sebab tokleh gi T_T


6 comments:

keriangandunia said...

well said! *clap clap*
dahla invite2 kat fb ni memang aku slalu lupe pun. hahahaihh


dan sila msg henfon+msg fb+tulis kat wall+sms+mms Elida sebab kao xpegi hari besar dia. huh

Hairul said...

setiap individu ada pendapat masing2,nak buat macam mana

myatiqah said...

betol ila..aku akn try elak dr jemput gini nati..hehehe..
kalo ajok gitu,aku nk reply pn malas.huhu

elida hanan. said...

hehe mcla terharuuu aiii... takpo2, aku pehe masing2 ada komitmen dah kei loni... doakan majlis aku berjalan lancar deh!

ila ni said...

;) inshaAllah berjalan lancar & yg penting kekal bahagia ke akhir hayat. wooo 2 sudah tumbang kehkehkeh


ehem padi, tengok. :)

cayrul said...

Ajak kawin adalah benda official so setuju sgt ape yg ko tegur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...