tribute

mati.
mati.
mati.
apa pulak salah aku kali ni?
silap paham lagi ke?


sumpah tu perasaan bila bukak marimerepek tadi.
paranoid betul bila melibatkan blog marimerepek (krisis dalaman haha!) dan nasib baik, tiada salah faham rupanya.


sebenarnya saya dah lupa sejak bila saya start baca marimerepek. yang saya ingat, zaman dedolu time semua orang mintak izin kalau nak letak link kat bloglist, saya pula hanya pandai baca dan lupa akan fungsi bookmark. leceh lah nak mintak izin. jadi pada zaman inilah saya pernah terbaca marimerepek tu dan yes blog tu sangat lucu (bagi aku lah) tapi malangnya, lupa nak bookmark.


namun, sebab nama yang senang ingat, bertahun lepas tu saya terjumpa balik blog ni.  Eh apsal macam ni? Kenapa dah kurang ayat-ayat kelakar? jadi saya komen, 'blog ni macam kurang AJK keceriaan je' (gila kecoh aku??) lebih kurang gitu kot. sebab nampak perubahan blog tersebut. macam serius sikit. lepas tu dia beralih ke blog suam-suam kuku ke pebenda tah, yang lebih anonymous. dia cakap jangan letak nama sebenar dia dalam blog list. ye, baek. kehkeh sampai sudah haku panggil dia theblabber je.


jadi begitu lah ceritanya.
pandangan saya selaku pembaca setia marimerepek ialah; tak kira ianya marimerepek yang lama atau marimerepek rebirth yang lebih menjaga hati rakan-rakannya, semuanya menunjukkan kematangan dan nasihat yang tersirat. tapi biasa lah, kadang-kadang tu, ada lah sekali dua nampak "eh sensitif nya mamat ni" haha ok ok jangan marah.  tapi dia baik, dia pernah tampal sekeping gambar di Edinburgh di blognya yang kurang gambar tu bila di request ngengada-ly oleh sang buddy. dasar nak kena pelempang sangbuddy nih. baiklah, sila lah ke blog beliau untuk menyelami pandangan dan perasaan seorang lelaki yang ....... (isi sendiri).






nota untuk kak aAn:
diharap tidak muncul soalan seperti malam dinner itu lagi. haha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...