memandu, peel & adab

1. tau tak kegunaan lampu high beam?
  • bila kao potong dah sangat dekat dengan kereta yang dari arah bertentangan, maka kereta dari arah sana tu akan bagi kao high beam. amaran mungkin.marah pun maybe.
  • kalau biasa bawak kereta jauh, muafakat tu lebih terasa. kereta arah bertentangan akan bagi high beam kalau depan sana ada speed trap.macam "oi slow sikit, depan jap lagi ada cik polis"
  • kao dari simpang, nak masuk lane yang tengah jem. maka bila ada kereta belakang kao bergerak perlahan dan bagi high beam, itu bermaksud; "silalah masuk".
  • high beam jugak kadang-kadang orang pakai di siang hari time kabus teramat tebal. macam keadaan tipikal di puncak banjaran pada waktu pagi.
  • paling penting, high beam ni dipakai time kita masuk jalan yang amat gelap tanpa sumber cahaya lain di mana visibility distance amatlah terhad. TETAPI, kalau ada sebarang kenderaan lain berdekatan, sila cepat-cepat off kan high beam anda. tolonglah. high beam anda mungkin boleh menyebabkan kemalangan pada kereta yang tersilau dek lampu anda. 
2. Sila la drive mengikut kesesuaian lane dengan halaju anda. Pernah saya naik kereta sorang kawan ni, duduk lane kanan, drive 70km/j. Pastu ada kereta belakang cucuk-cucuk. Well ofkos la beliau marah-marah driver tu. Heh padahal salah sendiri. Ingat, lane kanan seboleh-bolehnya hanya untuk memotong. Jangan kekal terlalu lama di lane tersebut. Kalau nampak dari cermin ada kereta laju dibelakang, sila bagi laluan. Jangan tamak jalan. Bagi signal ke kiri dan selit masuk. Bukan menyokong bawak laju, tapi kita tak tau kot-kot dia emergency?


3. Menukar lane tatkala jem pun, kalau boleh bagi la signal. Lembut la jugak hati ni nak bagi laluan.


4. Lelakis, elakkan mengintai-ngintai perempuan di kereta belakang melalui cermin. Tu gaya kalau drive sorang-sorang, kalau ramai-ramai, pehh satu kereta pandang sumpah tak selesa. Umpama kao driving sorang-sorang dan berhenti dibelakang trak yang penuh dengan askar/polis ditraffic light.


5. Point no.4 boleh diabaikan.


6. Bila keluar simpang, cuba try catch up dengan kelajuan kereta yang dah sedia ada di jalan tersebut. Tak perlu terus menderu lajunya, sekadar jangan jadi macam kereta nak mati.


7. Jumpa di DUKE esok. wassalam.

DUKE di musim jerebu


6 comments:

Anif® said...

Saya selalu guna high beam untuk menganggar jarak tembok ketika hendak parking kereta dalam bangunan :)

Tun Teja said...

cuba bawak motor dan stuck dlm jem dibelakang lori polis atau askar..rs cam oh losernye,moto pon xleh lalu..dan rasa nak angkat skuter tu lari laju2...hahahha

efa fairuz said...

kehh!

i like point no 4.. seriously sangat tak selesa.. tiba2 je kena kontrol cun.. padahalll.. eh motif nak kontrol cun? anak 2 ni bai! hahaha

ila ni said...

pak anif:
oh ye ke? hooo tak penah lagi buat mcm tu, kena gi try cr parking bertembok sat lg. bertambah lagi satu ilmu ;)

tun:
MALU GILO. wuu mesti toktau nk bt gapo time tu haha

kak efa:
HAHAHAHAHAHAHAHH tu la pasal!!! kenapa tah memang tiba2 nk kena control cun kan hahahahhaha

Fzah Ruslan said...

aku rasekan, ade satu lagi kegunaan beam...

aku tgh memandu dngn tenang di sebatang jalan raya, tetibe ade keta beam aku bersungguh² dr arah bertentangan. keta tu memotong, tp agak² dh dkt dgn aku.

aku pon terkompius sekejap, bkn aku ke yg patutnye beam die...?

ila ni said...

bahahahahah buleh tehe vongokk la jgk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...