walaupun saya bukan dentist, tapi kerja sekarang ini pun seronok jugak

ini lontaran perasaan. maka kita pakai aku.

hari ni aku bangun pukul 4 pagi.
dan seperti ain; bukan untuk tahajud tapi untuk Isya'.
Astaghfirullah ila..ila..

sebenarnya, aku tak nyenyak tidur. sebab sepatutnya hari ni aku kena submit construction drawing pertama dalam hidup aku. dah print, tapi rupa-rupanya banyak benda aku tertinggal. tu yang berdebar tu. tapi bos belum tengok, dia outstation. takut bos marah. mata bos mata helang.

jadi, pukul 6.45 pagi tadi, gerak lah ke ofis. zaman sekolah rendah dulu pun paling awal 6.55 baru masuk kereta. dalam ketakutan, aku naik lift. bersedia nak tengok tanda seru warna merah atas drawing. Tapi hampeh, rupanya bos tak tengok pun lagi. cakap malam tadi nak singgah...

jadi aku sambung buat drawing untuk staff room MCKK. gabra dan nak coolkan bos punya pasal, aku sediakan 5 options. pukul 8.30, officemate datang cakap bos tak naik, straight ke mesyuarat DBKL dengan dia sat lagi. Ciss kalau aku tau macam ni mesti lepas Isya' tadi aku sambung tidur..

Tengah buat kerja, ofismet mesej - "bos macam badmood hari ni". arhh.
Jantung bedebar toksah cakap. Selagi tak bersemuka dengan bos dengan drawing ni, selagi tu duk takut.

Pukul 12.30 bos balik. dan... dan..







BOS COOL GILA!!
kehkehkeh alhamdulillah tak kena serang. Siap dia pulak yang cakap kat arkitek tu "jangan la marah dia" time arkitek tu explain apa nak kena betulkan. fuu~ lega. dan sepanjang hari ni, dia cool je. tak push-push pun. pendek kata, ini hari paling tenang sepanjang 2 minggu di sini.

tapi malangnya, esok nak kena kerja sikit. ah no hal lah. bukan ada aktiviti lain pun nak dibuat kan kan. seriously, dalam hati sekarang, sangat sukakan kerja di ofis ini. walau rushing, walau selalu berdebar; tanpa kerja ni, sumpah hidup jadi sangat perlahan. macam zaman menganggur dulu. betul la kata pepatah, orang yang menganggap menganggur adalah detik indah, adalah orang yang belum pernah merasai kenikmatan bekerja. well, mungkin ini ialah nikmat bekerja bagi aku.

tapi asal aku rasa cam bulan depan akan dapat surat suruh resign je ni.......




2 comments:

~~PurPle LiLyth~~ said...

ila keje mane lenih?tak stori mori pun~~heheh~

ila ni said...

HERKKK??? TIDAAAAAKKKKKK~~ ampun byk2, ingatkan ila dah bgtau seantero dunia wuu. leen, ila kijo kat mont kiara loni. nati ila call leen. tapi loni sokmo balik lambat. weekend neh ila call, kito bercatching up yo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...