macam mana kalau esok ialah kiamat?

takut kan.
terlalu banyak benda yang kita rasa kita belum bersedia untuk meninggalkan alam dunia. belum buat impian itu lah, impian ini lah. belum ada rumah sendiri lah.

tapi, sumpah, kalaulah kita tahu tarikh kita mati, rumah, kahwin semua tu dah tak fikir dah. kalau esok kiamat, dan baru tahu esok akan kiamat, gerenti sekarang tengah bersolat sepenuh hati dengan family, tak makan tak minum, duk solat taubat dan sebagainya. memang nak kena ada warning baru nak ingat tujuan hidup yang sebenar, kan? haih makin tua bukan makin kuat iman..

soalnya, macam mana nak timbulkan rasa takut ini secara konsisten supaya tahap iman sentiasa tinggi dan sentiasa bersedia untuk menempuh alam yang kekal tu nanti?


jom, tinggalkan rendering ni................ T_T

4 comments:

George M. said...

ni kes tension sangat buat rendering ke apa. heheh.
but true. kalau kiamat, memang tak ingat benda lain.
but to think about it, tak tengok aurora borealis lagi. please, God give me a chance to see it before i die.

ila ni said...

kehkehkeh tak lah. tak tension sangat pun, cuma sekadar terfikir, kerja kuat-kuat, solat pun pakai doa paling pendek, kadang2 worst; terlupa belum solat.. aih, macam dah lupa yang akhirat tu lebih kekal dan no turning back.. once neraka, always neraka. takutnyaaa!!

efa fairuz said...

betul..nak insaf tu senang.. tp nak insaf secara konsisten tu susah... macamane eh? dugaan sepanjang hayat ni..

ila ni said...

tu la kak efa. harap2 la kito semo sentiasa diingatkan akan singkatnya waktu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...