benda wajib tengok 5 hari seminggu

mari saya tunjukkan apa yang saya nampak setiap pagi sebelum ke tempat kerja. 
menarik ni. menarik. percaya lah kohkohkoh.

kulihat hijau.
macam diwar-warkan dulu, saya pilih rumah sewa ni 
sebab environment yang suit dengan jiwa.



sampai selekoh, selalunya akan pandang kanan dan tengok 
laluan tinggal yang digunakan time tanah runtuh dulu. 
kawasan ni biasanya menjanjikan sunrays, sunbeam 
yang amat cantik di celah-celah pokok tinggi tu. 
feel macam masuk hutan.


turun bawah sikit, kawasan tanah runtuh.
ini pun kawasan sun rays yang cantik. tapi hari ni tak nampak. mendung + jerebu. 
biasa lalu sini memang bukak tingkap luas-luas. 
udara segar, kabus sikit-sikit, cahaya matahari memancar - 
nak demand apa lagi bila 3 benda ni dah ada?

 
jalan depan sikit, nampak pokok besar yang jadi bumbung pada jalan ni. saya suka.

lalu depan Giant, akan nampak deretan rumah yang nampak sangat homey. 
(dah aku nak tangkap gambar apa sebenarnya ni?!) 
bukan mewah. homey. feeling dia lain macam sket. 
kadang-kadang siap boleh ternampak ma ayah duk siram pokok bunga 
(air mata menitik pulakk?!) ah. tetiba nak benci ah rumah ni.


atas sikit lagi, deretan rumah besar. erm... boleh la.


 
dan yehhey! lagi sekali kehijauan dan kedinginan yang mencapai tahap 
amat memuaskan. memang sini bukak tingkap luas-luas dan 
sebolehnya perlahan je drive. tapi tak boleh, turun bukit.. 
terlaju jugak. ter. ter ok.


 
dahhhh malas dah. mood tension kerja mula datang.
jem tak sudah-sudah MRR 2 nih.

 
kihkihkih nasib baik arah aku tak jem!

 
DUKE yang jerebu pulak pagi ni. no wonder malam tadi panas gila.

 
kemudian saya jumpa Tol Batu.
bagus kakak-kakak abang-abang tol ni, tak pernah jem lagi setakat ni kat sini.

 
another kihkihkih arah aku tak jem!

sebaik membelok, saya nampak Masjid Wilayah Persekutuan punya kubah.
Alhamdulillah sepanjang jalan diingatkan Allah akan tujuan hidup.
cewahh ayat kao memang taknak kalah, kan?


 
dan nampak blok ofis saya.
 tak tak. saya bukan bekerja di Kencana Petroleum. Terima kasih atas fikiran
yang berbentuk pujian tapi salah tu.

kemudian tunggu giliran di traffic light yang lembab.
mula rasa tension tengok kedai-kedai makan yang minimum harga RM 8.90.

 
humphhhhhhhhhhhh....................................!


6 comments:

en_me said...

vahhh.. tempat tinggal dari dalam hutan tewwww.. ehehe

Tun Teja said...

baru nak fuyooo sbb bgnn ofis tu..hahaha

efa fairuz said...

pehh! rajen ke ape sebenarnye amek gamba sepanjang jalan gini?

hehehe

tp pepohon hijau yg rendang itu sgt memikat (ceyy bajet ayat penulisan bm spm)

terlaju.ter.ter ok.. hahahaha

ila ni said...

en_me: meh la tangkap2 gambar area sini pulak :)

serenity said...

cam siok je ofis kau ila

ila ni said...

siot or syiok? haa dua pekataan bebeza tu. kalau syiok, maka, jangan terpedaya, itu neraka dunia ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...