kenangan 3

saya tunggu turn punya lah lama dari pagi sampai tengah hari. bab parking, bukit, semua lulus cemerlang. jadi saya yakin. setakat nak drive slow itu, kacang saja lah.

tempat tunggu kita sama, kan?

saya dipanggil. lalu saya bangun dengan rilek dan bergerak ke arah officer perempuan tersebut. nasib baik perempuan. kalaulah abang macho itu yang kena assess saya punya driving, memang takk la saya nak drive dengan tenangnya. alergik tau dengan orang hensem ni. kaki mesti nak cramp. tak pun rasa hina.


saya masuk kereta. makcik officer masih bersembang di luar kereta. saya masih menunggu dengan rilek. tiada gusar. tiada gelisah. emosi stabil 100%.  saya start rasa tak sabar, nak tunjuk skill duk prektis selama ni dengan Ayah Weil. lambat la pulak makcik JPJ ni..


pintu sebelah dibuka. officer duduk.
oh katakan ia mimpi. katakan ia mimpi. katakan ia mimpi. katakan ia mimpi. katakan ianya hanyalah mimpi!!


hurmm.....................


dah la. malas nak cerita panjang pasal perubahan emosi jiwa jantung bagai. yang duduk di sebelah saya ialah officer yang dikatakan macho lagi hensem sebentar tadi.


 takdelah sehensem ini pon JPJ tersebut. tapi still..
btw, makcik tu pegi mana?

* * *


keluar kereta, tutup pintu seayunya dan kembali ke seat menunggu tadi. tunggu member settle ujian pulak.


"aikk cepatnya? bukan ke awak baru je kena panggil tadi?"

ada pulak lah yang tiba-tiba ramah. saya syak, dia nak stabilkan emosi la tu.


"a'ah."
saya jawab pendek.


"ikut laluan mana? A ke B ke C?"
orang tu tanya lagi.


serba salah nak jawab.
kang soalan bocor.
alasan.
takpelah, jawab je lah.


"ikut roundabout tu je."
menjuih tunjuk roundabout yang selalu duk blatih dalam pagar tu.


"aik? kenapa tak keluar ke jalan raya?"


haih. berat sungguh hati saya nak jawab.


"tak sempat. tayar tergeser divider.... .. . .kat roundabout"


budak tu terdiam.
mungkin rasa bersalah.
mungkin dia tak tau sama ada nak gelak atau nak ucap takziah.
atau mungkin menyesal kerana emosi makin berkecamuk.
ada ke patut tak sempat keluar pagar pun?
HAH ILA?! KENAPA?! MEMALUKAN PEREMPUAN!! BONGOK PUNYA ILA 


petang itu, saya pulang dengan satu prinsip baru.
saya benci orang hensem.
ye. benci.
bermula saat inilah saya baru menyedari yang saya betul-betul alergik dengan orang hensem.
orang hensem memang mengkucar-kacirkan hidup saya.


"Hail orang TAK hensem!"
saya bersyukur korang wujud.


8 comments:

soleil_m said...

k'ila sorryyy! but i've to laugh! lol!

sy pn amik 2x gak lesen sbb mase parking yg 1st tu, mase nk kluar, sy lupa nk pusing stereng. almost panjat divider kauuuu. huh! and yes, abe jpj almost hensem & muda. malu ai

and 2nd time, dpt dia plak tp yg atas jalan pny. lps tu kete mati kt traffic lite, dh dkt dgn akademi dh. lps tu dia ckp 'awak ni nk pass ke x? td dh fail dh'. sentap kauuu!

sorry k'ila, mbebel plak kt sini. hehe!

efa fairuz said...

gahahahahahaha!!

pahtu, test jpj kali keberapa baru lepas? n masa test yg lepas tu, masih dgn abg hensem tu lg ke? hihi

~~PurPle LiLyth~~ said...

weeiii!!hok bilo nih??hahhahahha~~test kali pertama kah?

Anif® said...

Fokus pada kerja yang nak dibuat.. :D

Tun Teja said...

hahhaha

ila ni said...

suria:
parok molek hahah! meme JPJ hensem kena dilarang la dr test lesen. mengganggu konsentrasi bahahah geli!

kak efa:
2nd time lulus doh la. pokcik tuo etek :D

leen:
ho 1st time. aik ila x oyak lagi eh? hahahhaha tobat pecoh rekod skoloh mandu kito


pak anif:
kehkehkeh ciptaan indah mestilah dihayati :D takleh fokus dah benda lain.

hewahh cik tunn suko deih diooo

Anonymous said...

hahahahah

adeh, aku baru jah smlm tekeno nge ore hensem nih, ofismate. malu weh depe ore hensem ni, sokmo membuatkan aku kelu lidah kelu perlakuan..mencik !

-Yana-

ila ni said...

hahah yana, bakpo eh kito gini? padahal semat je punnn bkn nyo duli yg mulia agung ko gapo pong :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...