mengindahkan kehidupan

| makin hodoh pulak jadinya |

perasan tak, dunia akan jadi best bila kita pejam mata. macam, pejam mata sambil dengar lagu You Belong To Me - Lifehouse. macam-macam boleh diangankan. mata terpejam, badan macam berada ditepi pantai, tengah tunggu sunrise dalam udara sejuk pagi sambil konon memikirkan orang tersayang hahahahaah nampak sangat kuat berangan! ok. tapi tu lah. dunia - lebih tepat; kehidupan, memang lebih indah bila mata dipejam. at least it works for me la kan. sehinggalah tertidur dan berjumpa nightmare.

hari ni ahad. kejap lagi kena pergi ofis.
2,3 minggu ni selalu terfikir macam-macam hal yang sampai sekarang takde keputusan. macam, nak terus kerja ofis tu ke tak. bila nak sambung belajar. betul ke tak nak sambung kat local u. apa yang nak dikejar sekarang - pengalaman atau gaji. rasa macam nak balik kerja kat klate tapi betul ke nak kerja sana. memang banyak lah. kusut masai dah misai.

semalam sabtu.
untuk menambah sedikit perasa best dalam kehidupan yang makin mendatar, semalam jumpa kawan-kawan ofis lama - Tun & Sofi, outing tanpa plan. Lepas breakfast, decide untuk menjadi pemuda-pemudi anti-dadah; kami ke Taman Burung yo!. ok, baru tau taman burung kita tu World's Largest Free-Flight Bird Park. memang penat gila dah hujung-hujung trip tu. pesanan free untuk yang nak gi - sila bawa tuala muka. peluh yang berkati-kati mungkin muncul.
Taman Burung ni agak mengujakan la jugak sebab entrance gate dia macam konon-konon nak masuk ke Jurassic Park. di setiap ceruk pulak ada watak utama taman - anak T-Rex. heyy lah benci sungguh burung kecik tu. Gaya dia sangat psycho. tapi taman burung ni memang suggestion utama lah untuk mereka yang ada anak-anak kecik yang dah kenal apa itu burung. real burung i mean. :D

ok lah. nak pergi bekerja secara free untuk orang lain pulak. ciao.
nah lagu-lagu untuk bantu kita berangan:
dah ah.
rajin pulak letak link.



nota untuk tun & kak efa:
xtau macam mana somehow your comment on previous post hilang ;(

3 comments:

Fzah Ruslan said...

Setuju sangat dengan lagu Somewher Only We Know sbgai latar blkg angan². ;P

Sesambil pejam mate dgr lagu tu, musti terbayang org yg tgh frust, pakai baju in grey or black shades, tgh hug² coat, duduk dalam a moving vehicle (bus/train), it's raining outside, merenung keluar tingkap dan nasib dirinye...

haha !

P/S : one of ly favourite songs.

ila ni said...

tu diaa lagi detail angan2! :D
hidup dalam angan-angan jauh lebih tenang dari kehidupan sebenar, kan? ... *dlm mood kacau

efa fairuz said...

huhu.. i faced the same problem jugak.. comments on 12nd & 13th may hilang.. it must be that blogspot maintenance thing la kan..

btw, comel layout baru.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...