ubat jerawat

** best way to eliminate acne dah dijumpai after few trials. Refere to latest post here**

Er.. tak tau patut buat ke tak entri ni. Rasa macam nak share. Tapi takut kot-kot member doktor / pharmacist cakap ubat yang saya pakai ni tak sah disisi undang-undang ke, bahaya untuk jangka masa depan ke. Risau jugak. Tapi takpe ah, share jugak sebab saya sangat memahami para penjerawat di luar sana yang asyik search 'tips jerawat'. Jadi entri ni ialah antara pilihan yang ada.

Kisahnya ialah mengenai kulit muka saya ni yang tak pernah sunyi dari jerawat. Sejak masuk U. Tapi dulu jenis jerawat yang tak ganas sangat, cuma nampak teruk sebab tangan asyik nak kutih kehkehkeh. Tamat U, muka licin sebab tenang berada di rumah. Tiba-tiba dapat offer kerja, terkejut dari keadaan yang rilek, belum bersedia untuk ke alam bekerjaya (alasan) muka dikunjungi sang jerawat kembali. Kali ni lebih agresif dan langsung tak stop walau jiwa dah tenang, dah terima hakikat kena bekerja. Time tu, rasa taknak keluar rumah. Pergi ofis pun, rasa cam taknak keluar lunch. Jerawat time tu jenis yang besar dan lebam dan makan masa 2 minggu untuk pecah. Tu pun kena paksa pecah la. Memang seriously, teruk.

Last-last, ibunda yang kesian tengok anak perempuan dia rasa hina keluar rumah tanpa bedak & concealer, akhirnya telah membawa anaknya ke Klinik Dr. Nik Azam yang terletak di Pasir Mas. Jauh tu merantau. Dr. Nik Azam ni member ayah. Dia memang doktor pakar kulit. Memang ada cert.dermatologist terpampang. Dia pun bagi la ubat. Dia cakap jerawat ni memang takkan hilang dalam masa yang singkat. Mau makan masa 5,6 bulan jugak. Jadi, ini dipaparkan ubat-ubat tersebut:




1. Ubat telan
Ubat ni dia cakap kena makan everyday selama 3 bulan. Kot. Tah. Dah lupa. 2 bijik sehari, pagi petang. Katanya, ini untuk membetulkan rembesan hormon tertentu yang terlibat dalam merangsang kewujudan jerawat. Nama ubat ni sila refer dengan Hanan Hayati si pharmacist.





2. Pencuci muka
Pakai sekali sehari je. Malam sebelum tidur lah biasanya untuk hilangkan segala kotoran yang melekat seharian kat muka ni. Pencuci ni macam air je, tak likat dan tak berbuih pun. Tapi pahit. (kehkehkeh kes tertelan!) Nama ubat ni pun sila refer dengan Hanan Hayati si pharmacist (taip baru, bukan copy paste)



3. Krim muka.
Sekali sehari jugak. Saya pakai malam jugak. Arahan situ suruh letak kat jerawat je, nipis-nipis. Tapi belasah je letak satu muka. Kata jerawat banyak gila... Tapi krim ni boleh melunturkan warna pakaian. Sesetengah pakaian la. So pakai baju dulu siap-siap sebelum apply krim ni kohkohkoh dah banyak baju pudar warna kat bahagian leher.

Lagi, rutin selain 3 benda ni, sebab dah tak pakai toner pelembap scrub bagai tu, saya tambah lagi 2 benda untuk cuci muka dan rawat muka.


Palmer's untuk ganti pelembap dan facial sponge ganti scrub. 
palmer's ni kira all in one la. hilangkan parut dan untuk urutan muka. pagi-pagi sebelum pakai bedak muka, urut muka sikit. ni pun penyebab jerawat boleh kecut jugak. sebab salur darah lancar kot? hahah belasah ilmu sendiri. pun untuk awet muda. tapi kalau tua-tua esok muka menggeleber sebab silap teknik urutan tu, wallahualam la kan kohkohkho long term effect ni susah nak cakap sket. dan yang sponge tu pulak buat tenyeh muka time cuci dengan pencuci cair dan pahit tu. Kira dalam sehari tu tak banyak benda pun saya apply kat muka tiap-tiap kali nak keluar.

Jadi sekarang ni alhamdulillah, akhirnya merasa jugak muka yang bebas jerawat seperti muda-muda dolu heheh tapi tak la licin gila macam kulit model SK-II. Melampau la tu. Cukup sekadar tak yah touch-up dalam photoshop dah ah. Memang once kao pernah melalui zaman berjerawat teruk, dapat muka yang macam sekarang pun dah cukup bersyukur la orang cakap. Harap kekal lama la keadaan tak berjerawat ni. tapi.. tapi... stress hari tu, dapat lagi skali 2 bijik jerawat free -_-'
Er.. perlu ke letak gambar? Tak yah ah, jijik sangat.

Oh, ubat-ubat tu tak mahal pun. Tak sampai RM 50 pun.
Ke tu harga di Klate? Wallahualam.

Sekian, harap membantu.


p/s: boleh baca entri ini juga untuk pengalaman mencegah jerawat



21 comments:

senyumSOYA said...

hihi..ubat y merah tu mcm penah pkai.. ^^

sang helang said...

utk pil tu ada dop kesan2 dio jadi kekeringan kat bibir?

ila ni said...

senyum soya:
ok tak? harap ok.

burung lae:
takdok. takdok side effect gapo pong melainkan mengurangkan jerawat. gi la, kat pasir mas.

efa fairuz said...

'(taip baru, bukan copy paste)' kohkohh.. lawak la mcla nih..

klinik azam ni memey femes sungguh.. sebut jah klinik pakar kulit, ore tau la g klinik nik azam.. hehehe

Anea_hayati ♥ said...

kehkeh.. Ila. ni baru komen kat entry-promo-namo-hananhayati nih..

senang cito.. jerawat takdok doh dih?

treatment berjaya??

ila ni said...

kihkihkih treatment berjaya after setahun jah, ni naik smula jerawat ni :P

Anonymous said...

salam,sis..ms 1st amek ubat 2 kna byr brp ye?n ad effect pape x aftr mkn ubt?mcm nk try g klinik 2 jgk..b4 ni prnh g klinik mesra kt kb,huu

ila ni said...

Wsalam.

Saya x ingat la pulak berapa. Kalau x silap memang less than rm50 sbb masa first pergi tu ada mtk ubat utk benda lain jgk. Side effect alhamdulillah takde. Cuma kena konsisten la makan ubat dia selama 6 bulan. Mcm saya 6 bulan katanya sbb jerawat saya sebab hormon. So nk betulkan hormon. Kalau jerawat sebab lain maybe lain pulak treatment dia.

Pergi la klinik ni. Tapi masa dftar tu request nak jumpa dr.nik azam tu sendiri. Doktor tu yang pakar kulitnya. Partner dia tu x sure pakar kulit ke tak.

Anonymous said...

kalau sabun merah utk mlm je kn? pagi u guna ape ye? :)

ila ni said...

A'ah, pakai malam je. pagi & tengah hari saya cuci muka pakai air & sponge je.

Pagi, time tu saya pakai Palmer's tu je. Urut muka kasi darah circulate.

Tapi sekarang rutin saya dah berubah. Saya stop makan/minum dairy products, pencuci saya pakai neutrogena deep foam & lepas cuci terus pakai Tea Tree Oil dari Thursday Plantation.

Kalau rajin, malam-malam apply honey + perahan lemon ke muka. pakai at least 20minutes. Yang lemon + honey ni memang alhamdulillah boleh tengok kesan dengan cepat. Muka lebih cerah & jerawat stop.

Wana said...

Salam..Dulu masa saya form 3 mak ada bawak g klinik nik azam ni...mmg makan ubat tu, guna pencuci dia. so far alhamdulillah menjadi....skang ni dah lama tak makan ubat ni....jerawat naik sejak beranak ni, rasa macam nak balik kelate nt nak g lah klinik nik azam ni...hibhi

ila ni said...

Wa'alaikummussalam,

hehe best kan perasaan time tau yg ubat tu mmg berkesan? tu lah, skrg ni dh susah nak balik amek ubat maka terpaksa usaha cara lain pulak ;(

Amalina Azimin said...

Aslkum. Kalau nak keluar rumah, awak pakai apa? Boleh ke guna bedak yg kita guna sebelum mendapatkan rwtn di klinik nie?

ila ni said...

wsalam.

Boleh2. Masa rawatan ni, before gi kerja, saya pakai Palmer's tu & compact powder & concealer macam biasa. Sebab cream yg doktor tu pakai malam je before tidur.

Anonymous said...

salam npe jrawat sy ssh nk ilanh nehh tension kot. bratus da abes duip jmpa doc tp still naik gak. skg tgh treatment kt klinik nik azam tp xpnh dpt jmpa ng doc nik azam to, asyik jmpa partner dia jer. hurm lau inject ok x ? ;(

Anonymous said...

jerawat sy ssh nk hilang. tension kot, da bratus da duit habes tp still xmenjadi. sedih, so skg tgh dpt treatment kt klinik nik azam to gak, xtw lr bpe lama nk tggu smpaikn sy tpaksa bhenti kje sbb nk free make up. berkorban demi nk jga muka neh, :(

ila ni said...

Salam,

Sorry for late reply. dah lama saya tak jenguk blog ;)

kalau pergi klinik nik azam tu, before pergi make sure call & tanya dulu sama ada dr.nik azam tu ada ke tak kt klinik & bila pergi, request nak dia je time daftar tu.

er.. xsure pasal inject. inject apa?


jangan sedih, setiap benda ada hikmah. saya pun tak pernah sunyi dari jerawat sejak akhir-akhir ni. paling licin pun ada sebijik dua. tapi saya perati, kalau saya konsisten buat workout/ jogging, sebenarnya boleh kurangkan & hilangkan jerawat. try lah.

& kalau make up, make sure buat double cleansing before tido.

other way, boleh try mixkan air masak (sangat sikit) + 3 titik tea tree oil (saya pakai Thursday Plantation), dip kan kapas & lap seluruh muka. Apply as toner. Cepat lah sikit jerawat kering.

Harap membantu serba sedikit.

Anonymous said...

Salam sis,sorry mganggu.saya nak tanya..aritu saya ada g klinik ni,yg saya jumpa tu Dr perempuan,partner dia maybe.dia ada bagi ubat yg sama sebijik.saya g lebih kurang dua bulan lepas,masalahnya sekarang ni muka saya ada mgeluarkan jerawat baru.adakah normal bila kita telan ubat dia,jerawat akan keluar?adakah itu yg dnamakan mencuci darah kotor kita?lepas tu,kalau jerawat yg dh kecut tu,parut dia plak mcm mana?

ila ni said...

wsalam,

sorry saya pun dah tak berapa ingat kronologinya. Jerawat baru tu beza tak dengan jerawat yang sebelum ni? Dia keluar banyak ke atau sebijik dua je?

Kalau x silap saya, memang jerawat akan still keluar. Dr. Nik Azam tu penah cakap untuk treatment ni makan masa jugak, about 6 months with consistent treatment. Saya dulu pun berbulan jugak before dia slowly berkurangan & akhirnyalicin. Kiranya after that baru muka clear from acne selama setahun macam tu & then bila saya tukar environment tmpt kerja - stress balik & naik balik jerawat.

untuk parut, saya just urut muka pakai cocoa butter tu everyday. InshaAllah cepat je hilang. Tapi jangan terlebih pakai la, takut berminyak terlebih pulak muka

Anonymous said...

sis ada no klinik tu tak..sy punya kulit bermasalah dgn parut jer.parut lame terutamanya.tension sgt kalau tgk muka..muka pom dah nmpak kusam jah

Shazreen Mat Kori said...

Awak pelembab muka tu beli kt mana eh. Sy pakai ubat mcm awk jgk. G nik azam. Tp sy pakai bedak jer sbb tkut nk pkai foundation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...