Jumaat

Khononnya tadi kemain beriya taip status happy weekend bagai, ready nak balik, tup-tup bos call suruh email apa-apa yang dah siap pulekk. Cis. Dan sekarang terpaksa tunggu sebab jem dah start dari lif tingkat 5 lagi. Haish nasib badan. Dan sekarang bunyi hon tak putus-putus dari semua jalan sekitar bangunan.

Hari ni jumaat. Patut hari yang dimuliakan, hari untuk tambah amal sunat banyak-banyak. Tapi masing-masing kerja, kadang-kadang stress sampai menyumpah sana-sini. Bangun lambat, balik lewat, tak sempat nak potong kuku di hari jumaat. Mandi sebelum solat jumaat pun orang laki takleh buat kan? Kenapa? Sebab kita bekerja Isnin-Jumaat. Kalau semua negeri  cuti macam klate kan best. Ini bukan puji negeri sendiri ke apa tapi secara jujurnya, dari pengalaman, kalau Jumaat memang bukan hari bekerja, ketenangan Jumaat tu sangat terasa. Bila tenang, kita akan rasa dekat dengan Allah dan inshaAllah mulut pun basah sikit lah dengan zikir-zikir ke kan. Banyak benda sunat boleh dibuat bila cuti hari Jumaat. Betul, tak semestinya hari Jumaat je boleh buat, tapi kita try kejar lah mana ganjaran yang lebih besar kan. Ok dah, kejar ganjaran Ramadhan pulak. Selamat beramal!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...