saling mengingatkan la kakak..

ok eh, secara tangkas.

1. Jangan simpan dendam walau sekelumit pun. Yang sekelumit tu lah yang akan dipanjangkan lagi oleh setan-setan disekeliling kita. Lagi pun, dendam memang hanya membawa kegusaran dalam hidup.

2. Cuba tutup aurat sesempurna mungkin sebab kita takkan pernah tau bila kita akan mati. Mungkin time nak bukak pintu kereta sebelum pergi kerja dengan baju ketat, muka penuh mekap terang tu lah kita dilanggar ke.. nad'uzubillah la kan. tapi sekadar peringatan bersama lah ni.

3. Every morning, mulakan hari dengan mengingati Allah. Tengok cermin, alhamdulillah cukup sifat. Tengok pokok segar, alhamdulillah. Terlekat dalam jem, istighfar banyak-banyak. Try kaitkan segala benda yang berlaku dengan kebesaran Allah.

4. Ada masa, call mak ayah, sembang. Di usia tua, mereka kesunyian bila anak-anak duk jauh. Gembirakan hati mak ayah pun boleh dapat pahala kan? Kalau cukup kewangan, balik jumpa sementara mereka masih ada di dunia ini.

5. Takde keje, jangan tido. er.. dan jangan online.

3 comments:

Anif® said...

Semoga yang terlupa dan terlepas pandang disedari secepat mungkin.

Ingat mengingati tu perbuatan yang sangat mulia :D

Lucifer said...

ye, ada benor tu.

en_me said...

insaf kanns.. uhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...