lelaki vs wrong number

Ianya 1.45 pagi. (it's 1.45 am bunyi lebih normal kan?) Since fzah tanya awat tak tido lagi, blogging kah? Yes nak blogging lah alang-alang dah takleh lelap ni kannnss. Baiklah. Topik kali ini ialah ..er.. ok, yeah begini. Saya setuju dengan Anea mengenai Lelaki vs Wrong Number. My story pulak macam ni (dont care takde orang tanya pun ;p)

Tersebutlah satu pagi sebelum Subuh, dapat satu mesej "morning.." Baca. Sambung tidur. Bila bangun beberapa jam kemudian, baru lah ambil tindakan. Jenis ilani ni takleh tengok nombor yang tak disave, bajet baik kan,. mestilah nak tanya "ni sapo? maah la telepong buat hal sebelum ni, habih hile nombor telepong saing-saing" iye begitu. Dengan intention, any kawan lama tak terasa hati lah. Lagi pun fed up lah dengan mereka-mereka yang gemar menukar nombor telefon. Bakpo la heh?! *emo*

Ok, jadi dia bagitau nama dia dan ofkos i couldnt recall any of my friend with that name.Jadi saya bagitau, sorry silap number lah kot kalau macam ni. Tapi mengejutkan dia reply "ni ilani kan?" Ok. Macam mana dia tau nama aku nih? Maybe dia memang kawan aku. Member zaman PLKN yang aku tak ingat ke, zaman matrik ke..Sumpah tak ingat. Jadi saya tanya la lagi dengan lebih serius dan garang. Alaa thru mesej kao nak garang takat mana je kann..Dan reply kali ni lebih mengejutkan. Katanya 1 year ago dia ter silap call number dan aku marah-marah dia. Kemudin after one year dia nak try tengok aku garang lagi tak.  ONE YEAR OK ONE YEAR. Boleh macam tu? haha putus fius. Serius. why bother to simpan nombor yang kao tak kenal dan peram lama-lama? dan contact balik lepas tu?oh kamonnn.

Sampai sekarang aku tak faham macam mana dia tau nama aku. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin jugak situasinya begini:


"hello boleh saya cakap dengan ahmad?"
"er.. ahmad takde. silap number ni"
"oh, ok"


"hello boleh cakap dengan ahmad?"
"ahmad takde. ni silap number ni"
"ok. sorry."


"hello boleh cakap dengan ahmad?"
"ahmad takde! ni silap number lah!"
"betul ke silap? ni sape?"
"ni ilani!" yess bila amarah menguasai segalanya T_T

7 comments:

Anif® said...

:D mungkin kawan lama yang mahu bergurau tu..

efa fairuz said...

hahahaha lucu!! buleh jadi jugok tu.. :))

cik wan nurul aiman said...

bekeng nyo mcla........

Anea_hayati ♥ said...

setaun tu beb. Die menang loteri ke dgn no tepon tu. hahaha..

ila ni said...

wallahualam pak anif, kalau kantoi satgi, siapp member tu!! haha

tu lah kak efa, moralnya, maroh biar berpada-pada haahha

alolo kume, ai bekam ko? dok bekam la, manjo jahh ;D

hahaha anea, panje ngat no.loteri dio

ザ-sylver- S said...

di sebuah shopping complex terkenal tanah air;

" cik!, cik!, ada barang jatuh"

sambil menjeling belakang,gadis ini pun bertanya
"apa dia ?"

" ni ha, no. telepon saya, simpan leklok, nanti jatuh, saya kutip lagik .."


_sekian

ila ni said...

bahahaha bijak sekali taktik tersebut! mana belajar? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...