YPIN

Tengok gambar-gambar lama lalu terjumpalah satu folder nama YPIN. Tiba-tiba sedih dan insaf.

Time tu pakat dengan Angah dan beberapa orang lagi untuk ke rumah anak yatim kat Banting. Zahirnya memang mereka nampak gembira berkejaran sana sini, tapi kat dalam hati diorang kita tak tahu. Ada yang betul-betul yatim, ada yang tinggal situ sebab bapak kaki dera, ada yang sebatang kara kat Malaysia sebab mak ayah dah balik negara asal. Keadaan rumah tu agak menyedihkan jugak la. Untuk seorang anak yang membesar, rasanya tempat tu amat sempit dan sesak.


 ruang utama

bilik tidur

 tempat lepak / ruang tamu

 tempat makan

Tapi diorang takde pilihan. Boleh makan dan tidur pun dah memadai. Membesar dengan menganggap penjaga rumah sebagai ibu memang takkan sekali-kali sama dengan memiliki kasih ibu kandung sendiri. Sakit terhantuk kerusi, penjaga rumah yang tiupkan dan usap kepala. Yang membebel suruh siapkan kerja sekolah; penjaga rumah. Tempat bermanja nak mintak makan sedap-sedap; penjaga rumah. Ada sorang tu cakap dia kempunan nak makan pizza. Sumpah time tu try bekukan air mata. Cover. Kita yang bernasib baik ni makan pizza sewenang-wenangnya, tapi diorang? Limpahkanlah rezekiMu kepada mereka dan bukakanlah hati kami agar saling membantu.

Aku takleh imagine kalau aku berada di tempat diorang. Kalau gastrik, sape nak tolong urut belakang kalau bukan ibu sendiri.... Maaa! Air mata berjujuran sudah. Let's help others yang kurang bernasib baik ok. Cari mana-mana rumah anak yatim yang takde penaja, bank-in secubit dua rezeki yang kita dapat tiap-tiap kali rasa ada lebih untuk bulan-bulan tertentu. Sebenarnya... tengah terkilan sebab hari tu orang YPIN ni call mintak sumbangan tajaan untuk Hari Kantin ke apa tah, sebab kalau takde duit, anak-anak YPIN ni hanya akan telan liur tengok kawan-kawan sekolah bergembira dengan aktiviti Hari Kantin tersebut. Sebak. Aku tak derma. . Semoga akan ada lagi Hari Kantin yang diorang boleh join di masa hadapan.




'ibu' mereka. 



4 comments:

fae said...

kecil2 lagi anak itu.. huhuhu..syahdu jugak..betapa kita ni tersangatlah bertuah..
makan pizza pun pilih yg suka je, tak suka letak tepi..

soleil m said...

kdg2 sedih tgk bdk2 yg mtk sedekah kt tepi2 jln tu, esp kalau ade psr malam or bazar ramadhan. tp dorg ni usually ade sindiket yg watch over kan? so mcm mana eh? klu kita sedekah pn, dpt kt 'boss' dorg :(

ila ni said...

kak fae:
terlalu bertuah kak fae, kita je yang tak nampak, kan? semoga hidup anak-anak berjaya di dunia & akhirat.

suria:
rasa2nya gitu lah kot. ada 'boss'. tapi takpelah, sedekah demi menyelamatkan kanak2 itu dari dimarah & dipukul. siapa tau apa akan jadi kalau diorang pulang tanpa hasil kutipan kan?

Anonymous said...

When will you post again ? Been looking forward to this !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...