ikut la landasan kita

* pandangan peribadi sahaja.


sekarang ni banyak benda yang boleh dihasilkan secara kreatif. macam benda atas. sesetengah orang cakap "wahh kreatifnya, tak terfikir pun sofa boleh buat macam tu!" kreatif, kreatif jugak. tapi ingat tak pesan orang-orang tua - ilmu tak baik letak di kaki. bukan ke? heheh. kalau takat nak letak Mangga tu bolehla.

sama macam ideologi-ideologi orang bukan Islam yang lain contohnya - main alat muzik boleh meningkatkan perkembangan otak. maka itu berduyun-duyunlah anak-anak kecil dihantar ke kelas muzik sejak kecik. orang kita pun tak terkecuali. terpengaruh, nak anak pandai. sape tak nak? aku ada duit what. baru style ada background muzik. ye. betul tu. ada duit. tapi, ni bukan pasal duit bang.  kan elok kalau anak sekecil itu didedahkan dengan ilmu agama dan cuba lengkapkan dulu bahagian agama tersebut? kuatkan dulu asasnya. dan rasanya, kalau diterapkan gaya didikan Islam, otak anak abang tu lagi berkembang elok, kot?

sungguh, bila tengok sekeliling, takut nak besarkan anak zaman sekarang ni . fuuu. ada aura berangan rupanya.





1 comment:

efa fairuz said...

betul tu ila.. betul tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...