keinginan seterusnya - bakat sketching



Lega. Satu rumah sudeh selesai untuk minggu ni. Malam ni ganti tidur. Eh gambar macam kat atas ni memang best kan? Ni la contoh gambar yang ada soul. Apa maksud ayat tu pun tak tau lah. Tapi serius gambar matahari pagi dengan sedikit efek kabus memang menenangkan perasaan. Tapi kenapa bila describe matahari pagi dan kabus dalam Bahasa Melayu tak semembuai-buai jiwa macam kalau describe in English? Jiwo la mu nih.

Dah cakap ke saya suka bekerja di sini? Kehkekeh saja nak jadi annoying maka nak ulang lagi - SAYA SUKA BEKERJA DI SINI. Alhamdulillah lah kan diberi rezeki di sini. Bukan setakat belajar pasal construction, submission je, tapi turut diajar management dan cara-cara nak tunjukkan kekuasaan bila berdepan dengan other consultants dan client yang banyak songeh. Sesekali dalam sebulan pulak, bos akan adakan lecture. Semua yang kao nak tau, tanya lah dia. Gerenti panjang lebar dia explain. Dan yang penting, dia tak pernah underestimate staf dia in a way yang rasa sangat hina macam .. er. Hentikan.

Apa lagi yang saya nak aa? Ok la, sketching. Bila nak terer? Kalau boleh, nak handal sketching dua-dua jenis; sketching lambat dan sketching cepat. Sketching lambat ni pakai architectural line yang gigil tu, efek jiwo sikit. Sketching cepat, garisan straight dan berlapis-lapis; real sketch. Tapi sketching cepat ni boleh merosakkan mata pen dengan pantas. Kot. Dulu Puan Kalsom selalu jugak lah suruh develop bakat sketching tapi malas. Bukan ada bakat pun nak di develop.

Tapi bila tengok balik sketches cepat bulan lepas,




YEH, KAO MEMANG PATUT MULA BERLATIH SEKARANG!! Macam mana kao nak menongkah pancaroba alam pekerjaan di masa hadapan?! Macam mana kao nak bermegah-megah dengan junior bila sambung belajar esok-esok?! Buruk benor tu! Tapi macam mana nak asah kalau dah memang tak reti, kan? Zero talent, kalau dipaksa juga mengasah boleh membawa kepada kelopongan mulut dan perembesan saliva..

Macam mana nak paksa diri ha?







Belum masukkan rendang pun lagi raya tahun ni....lapar.


3 comments:

Tun Teja said...

puyoo,sebijik macam gmbr kt dalam mg..hehhe..bile nk ajar saye pulok..

Fzah Ruslan said...

glad mu gembira kat tempat baru. bc entry yg ni pun aku senyum dr awal sampai akhir.

entry repas² lak, sedeeeeeeey je manjang bunyi.

keep up the good work !

ila ni said...

gambar pokok segar tu ko kekekek hok tu xleh ajar. takdok kamera nok ajar ;p. nganyim teh tun. . .

tq fzah, sapo tau, maybe berkat do'o mg aku boleh berada di sini ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...