kuih raya

tak habis-habis dengan hal raya. 

Tdi Ma call dengan suara yang ceria, bagitau dia dah ada solution untuk habiskan semua kuih raya kat rumah iaitu dengan cara - *bunyi dram oleh Andi Malik* - hantar kat anak di KL! wuhu! Bernas yang amat Ya Allah. Cadangan itu terbit tatkala beliau dan ayah sedang mengulum kuih sambil layan Kelate lawan Sarawak, kulum punya kulum; tak habis-habis maka lahirlah idea nak pos kuih raya tu. Weheelll anaknya di sini semestinya dengan tangan selapang-lapangnya menerima offer tersebut. Hancur tak hancur lain kira, boleh sedut habuk kuih pun jadi la. 

raya kali ni takdok pong gambar dengan ma ayoh. .

Alhamdulillah raya kali ni dah settle semua benda yang duk ngidam-ngidam. Nampak sangat kan Syawal ni bulan untuk stock up perut kao kan? Cuma 2 benda belum settle - lemang & biskut sugee IKEA!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...