raya lagi kan?

server down lagi. mestilah gembira! tapi mati lepas ni nak siapkan tender drawing. patut cuti sebulan ni..

hoi sebelum tu wish raya dulu boleh? boleh. selamat hari raya (perlu warna hijau) kepada semua orang yang baca ayat ni. salah silap dalam menaip harap dimaafkan. fakta raya tahun ni, turun 5 kilo dan naik balik 5 kilo. maka jelaslah di situ jawapan mengapa ilani beria-ia nak diet di bulan puasa. bayangkan kalau bulan puasa tak diet? baju raya pun boleh pecah.

malam tadi ada budak-budak datang beraya kat rumah sewa. nak kata ianya sesuatu yang comel pon... takpe ah, comel jugak walau pun yang datang tu dah boleh jadi bapak budak dalam 3,4 tahun lagi. yehh susah nak jumpa kat bandar ni budaya budak-budak yang tak kenal batang idung nak datang beraya. pulak tu kat rumah tingkat-tingkat ni. seronoklah beliau kalau setiap unit bagi 2 ringgit, darab kan dengan 3 blok, darabkan dengan 15 tingkat, darabkan dengan 10-12 unit - pehhhh boleh gaji orang buatkan homework! 



harap-harap segala gaji buta di bulan ramadhan hari tu dah clear dari duit yang ada sekarang. 





4 comments:

CT said...

server down...huh mcm gelap donia...hihihi

ila ni said...

hihi gelap dunia kalau bos memang nak semua keje tu time tu tapi ni orait lagi, nk minggu depan ;)

Anishaway said...

Selamat hari raya kak Ila n family.
raya hari tu tak jupo pung. huuu
mungkin diharihari akan datang :)

ila ni said...

ho tu la tercari-cari jugok anis, skalo ado mari rayo first @ 2nd. selamat hari raya jgk anis, takdok open house ko, nk merasa muffin chocolate legend ni ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...